Friday, September 21, 2012

Makan untuk HIDUP kelangsungan untuk beribadah kepada Allah AWT

 

Semoga sehat sejahtera kepada semua dan di beri kekuatan oleh Allah swt dalam menjalani kehidupan yang sementara ini, setelah melalui ibadah yang kita harapkan lebih baik sepanjang madrasah Ramadhan, berbanding dengan amalan pada ramadhan sebelumnya. Sambutan Edul Fitri selama sebulan pula pada bulan Syawal dihidangkan pula dengan juadah yang lazat istimewa. Tidak ketinggalan menghadiri jemputan kenduri kendara perkahwinan sanak saudara dan rakan taulan, yang tidak lari juga dengan hidangan makanan yang menyelerakan. Yang penting kita bersyukur masih diberi pinjam nyawa di jasad dan nikmat yang tidak terhitung banyaknya diberi oleh Allah SWT. Namun begitu, kehidupan yang mendatang perlu bersedia dengan kematian yang pasti pada bila-bila masa. Sehari akan dilalui, sehari pula umur kita bertambah pendek. Oleh itu marilah kita berlumba-lumba untuk menambah bekalan yang bermanfaat untuk diri bagi menghadapi kehidupan abadi di akhirat nanti. Setiap hari yang kita lalui pasti ada ujian yang di lalui baik dari segi fizikal mahupun mental dan yang penting kita selalu berharap kepada Allah swt supaya mempermudahkan segala urusan untuk melalui ranjau ataupun liku-liku kehidupan yang penuh getir ini.

Kita perlu membuka minda mengenai pemakanan setiap hari untuk meneruskan kehidupan. Mudah-mudahan kesehatan yang baik akan memberi kita kekuatan dalam menjalani ibadah kepada Allah swt . Terpulanglah pada diri masing-masing bagaimana harus kita memilih makanan kita setiap hari. Yang penting kita perlu mengambilnya dengan berilmu dan berhemah sesuai dengan keperluan tubuh badan kita. Nah begitu banyak pilihan makanan yang disajikan, kita perlu menyahlahapkan nafsu makan!!!.


Rasulullah s.a.w. bersabda :
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
1.MUDA SEBELUM TUA
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI
Oleh itu, marilah kita selalu berwaspada dalam pemakanan kita sebelum sakit datang tak kira masa dan kematian tanpa diduga.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Monday, September 17, 2012

KESINAMBUNGAN Madrasah Ramadhan dan Syawal dengan menuntut ILMU

ALHAMDULILLAH...masih diberi pinjam usia pada jasad penghujung senja ini  selepas melalui Madrasah Ramadhan dan Syawal yang mulia. Semoga perjalanan mendamba menafaat Ramadhan dan Syawal 1433H membuah saham akhirat yang dicitakan. Kutangasi pemergiannya kerana kedhaifan diri tidak dapat meneruskan konsentrasi dan kesinambungan untuk melipat ganda amalan seperti yang dilakukan di kedua bulan mulia tersebut. Ku yakin biiznilah doa menuju syurgaMU, keampunan segala dosa diterima Allah SWT, diterima menjadi orang beriman, bertaqwa, muqarabbun & mukhlisun .
Ku usahakan untuk terus belajar dan mencari ilmu dan mengamalkannya InsyaAllah.

 
 
 
 
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah  mengingati  dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukui nikmat MU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah MU. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala bala bahaya dan petaka. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga, anak cucu kami serta siapa sahaja yang bersama kami. ya Allah perkenankanlah doa kami. Ya Allah restu dan  berkatilah dan sejahterkanlah  junjungan kami Muhammad  Nabiullah, Rasullullah alaihissalam, keluarga, para sahabat baginda.