Wednesday, January 20, 2010

Doa DIRI, doa IBU BAPA, doa KELuARGA




Secara zahir anak-anak atau sesiapa saja yang berada jauh secara ruang fizikalnya boleh kita hubungi dengan menggunakan telekomunikasi canggih yang ada kini. Sebanyak kesempatan gunakan untuk memberi kata-kata perangang dan nasihat.
Sesungguhnya hubungan roh secara spritualnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Melalui Kuasa dan KekuatanNYA sahaja kita boleh memohon DOA dan PENGHARAPAN. KEYAKINAN tuntas dariNYA perlu diberi sandaran yang Total. Bayangan muka dan jasad, mereka yang jauh, InsyaAllah kita bersama mereka sepanjang masa. Oleh itu amalan DOA adalah satu kewajipan yang perlu diamalkan selalu.

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia atau baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Antara amalan-amalan doa yang banyak ditulis dalam buku-buku yang boleh dijadikan rujukan antaranya seperti berikut:
1. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
2. Bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
3. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
4. Doa pelembut hati - Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca
5. Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

1 comment:

sherry said...

Alhamdulilah,,Thanks for sharing my dear Kekanda!