Sunday, February 13, 2011

dirian TIANG Simen MENGERING


GAMBaR ini diambil pada 27 Januari 2011, Hari KHAMIS bersamaan 22 Muharram 1432H.

Semalamam sahaja simen tiang musolla ini mengering. Kerja utama pada hari ini ialah menanggalkan papan acuan tiang. Kelihatan dirian tiang konkrit tingkat bawah ini berceracak megah. Kerja seterusnya sudah tentu, tiang-tiang ini akan ditinggikan sebagai tulang belakang tingkat dua dan bumbung.



Thursday, February 10, 2011

JENTERA berat MENYIMEN



ALHAMDULILLAH pada pagi 26 hb Januari, bersamaan 21 Muharram 1423H, cuaca cerah, walaupun awal pagi lembab, akibat hujan lebat petang semalam.

HARI ini, jadual tugas utama adalah membuat tiang musolla. Jentera berat forklift digunakan sekali lagi. Jentera ini disewa, sudah tentulah ia perlu dimanfaatkan seoptima mungkin.

Masyaallah, dalam mmasa setengahari kerja-kerja membuat tiang simen selesai, dengan banatuan jentera imi.

SIAP acuan tiang, dimandikan dengan curahan HUJAN


Pada 25 Januari 2011, bersamaan 20 Muharam 1432H, hari Selasa, gambar-gambar ini diambil.

Hari ini pekerja menyiapkan acuan tiang untuk keseluruhan dirian ke tingkat dua musolla, untuk persediaan aktiviti hari esoknya untuk memasukkan simen ke ruang acuan tiang.

Sebelah petang, hujan curah berlaku. lantai dan keseluruhan kawasan dibasuhi dengan air dari langit.. subhanallah

Tuesday, February 8, 2011

Rangka TIANG berbaju PAPAN acuan


Gambar ini diambil pada 25 Januari 2011, bersamaan 20 Muharam 1432H hari Selasa.

Membuat baju tiang dengan papan ini mengambil masa dua hari. Dengan Tenaga yang agak ramai, membuat acuan tiang dengan papan dapat dilaksanakan dengan baik. Cuaca baik, tanpa hujan dalam beberapa hari ini.


RANGKA BESI tiang ke tingkat dua mula berdiri


Gambar kali ini dirakamkan pada hari Ahad, 23 Januari 2011, bersamaan 18 Muharram 1432H. Cuaca agak panas pada waktu maksima lembayung suria memancar ke bumi.

Semalaman sahaja simen render lantai kering, pada hari ini pekerja membuat jejaring rangka tiang dengan batang-batang keluli.

Jejaring rangka besi hampir 40 tiang dibuat dengan tangan dalam masa hari. Nampaknya pada hari pekerja di medan agak ramai...sasaran untuk siap dalam satu hari. Esok sasaran membuat acuan tiang dengan papan pula.

SIMEN RANDER meLANTAI paras satu


Tarikh :22 Januari 2011 bersamaan 17 Muharram 1432 H iaitu pada hari khamis, gambar kali ini dirakamkan.

Kerja-kerja penyimenan lantai tingkat bawah baru sahaj selesai. Kelihatan keaadaan masih basah.

Jentera berat forklift yang digunakan, kerja-kerja penyimenan ini dilakukan dalam beberapa jam sahaja. Bantuan jentera - kerja jadi cepat ..subhanallah.

Monday, February 7, 2011

KERANGKA Batang-batang besi untuk mengikat simen lantai


Foto ini diambil pada 21 Januari 2011, bersamaan 16 Muharram 1432H

KERANGKA Batang-batang besi untuk mengikat simen lantai di seluruh tingkat bawah sempurna dibuat. Kerangka bebatang keluli besi ini, adalah merupakan kerangka yang akan menjadi pendokong ikatan simen render, bagi membentuk lantai musolla- InsyaAllah.