Monday, May 25, 2009

Nostalgia - Memenangi Masalah Disiplin di Sekolah




Unit asas bagi masyarakat dan warganegara ialah keluarga. Langkah pertama untuk menyelamatkan masyarakat kini yang kita lihat senarionya semakin parah dengan masalah sosial dan keruntuhan rumah tangga serta kerapuhan pegangngan agama ialah mendirikan asas keluarga di atas landasan yang betul. Islam telah memberikan method dan strategi yang lengkap untuk menubuhkan kehidupan berkeluarga. Al-Quran dan Al-Sunnah penuh dengan ajaran-ajaran yang serba lengkap untuk memperbaiki dan memelihara keluarga. Adakah itu yang berlaku?....Masalah anak-anak menular tidak kira di mana, di sekolah agama ke atau di sekolah sebaliknya. Ibu atau bapa yang melindungi dan tidak mempercayai laporan salahlaku anak-anak (daripada pengalaman lalu), memberi kesan negatif kepada potensi perkembangan akhlak & syahsiah anak-anak.Guru-guru yang cuba mendidik anak-anak dengan baik ditempelak dengan kasar dan tidak bermoral oleh ibu bapa yang panas baran memburukkan lagi situasi. Gambaran perlakuan ibu atau bapa itu sendiri, sudah cukup untuk menganalogi sendiri perangai anak-anak mereka yang tidak menyenangkan rakan sebaya atau warga sekolah yang lain.

Anak-anak yang berada jauh, dan tinggal di asrama,, yang tidak mudah untuk dikunjungi setiap minggu, tetapi dengan menghubungi pada masa-masa sesuai dengan menggunakan talian hayat melalui telefon adalah cara talian sentuhan rasa, sentuhan nasihat dan sentuhan doa yang paling sesuai. Penggunaannya harus dikawal dan perlu berhemah. Apabila telefon dirampas kerana salahguna atau tidak dijaga dengan baik?...itu salah siapa?? Ibu bapa tidak boleh melenting dan marah-marah kepada warden, kerana menjalankan tugas mematuhi peraturan sekolah bahawa telefon tidak boleh dibawa masuk. Oleh itu M, mama tak upayalah untuk memenuhi hajat M supaya menghubungi ustaz untuk mendapatkan semula telefon tu. Jangan pula kerana itu boleh mengganggu konsentrasimu untuk menghadapi peperiksaan. Fikirlah perkara yang positif, bahawa di sebaliknya, ada hikmah yang lebih baik. Kesulitan demi kesulitan yang dilalui akan menambah kematangan. Doa selalu agar berjaya dan sejahtera dalam hidup duniawi @ukhrawi.Maju jaya dalam peperiksaan pertengahan tahun.

1 comment:

ansuh22 said...

naim...naim... ;)