Masya Allah –begitu damai,harmoni dan tenteram,menelusuri hijaun Hutan payabakau yang terletak di kawasan pembentukan jajaran batu kapur yang timbul dari Laut Andaman yang tenang ini.
Klim Karst merupakan lokasi habitat bagi ratusan spesis hidupan liar tempatan. Ia juga merupakan geopark pertama di Asia Tenggara. Para pengunjung boleh melihat formasi landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia, terbentuk daripada proses hakisan dan cuaca. Meninjau ke lokasi gua, membekas nostalgia kerja lapangan dalam subjek geomorfologi semasa belajar dulu. Membawa anak didik dalam lawatan lapangan, merupakan pendekatan kontekstual P @ P geografi fizikal berkaitan proses luluhawa kimia yang natijahnya memberi kefahaman yang realiti kepada anak didik. Pandang darat hasil timbunan bahan luluhawa kimia akibat larutan air dan batu kapur mengwujudkan formasi juntaian tabir batu kapur “stalaktait’ di lelangit gua. Timbunan membukit/membusut di lantai gua, membentuk ‘stalagmait’ dan banyak bentuk-bentuk lain yang mengagumkan. Makhluk penghuni gua khususnya mamalia terbang -kelawar yang hidup sejahtera jika diteliti menunjukkkan begitu hebat dan unitnya kejadian yang diwujudkan oleh Maha Pencipta. Rugilah sesiapa insan yang masih kufur tentang adanya Allah, tuhan yang maha Esa yang menjadikan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya tanpa sia-sia. Tentang gua – dalam Al-Quran terdapat surah Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Kahfi yang artinya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surat ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surat ini, yang kesemuanya mengandung i'tibar dan pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.
Surah ini mendasari pokok-pokok Keimanan tentang Kekuasaan Allah swt untuk memberi daya tahan hidup pada manusia di luar hukum kebiasaan: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah s.w.t. tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimat-kalimat Allah (ilmu-Nya) amat luas sekali, meliputi segala sesuatu, sehingga manusia tidak mampu menulisnya. Kepastian datangnya hari berbangkit; Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih dari kekacauan dan kepalsuan. Dari segi hukum, surah ini melarang membangun tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah",dibolehkan merusak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar. Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surat ini antara lain tentang kekuatan iman kepada Allah swt serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara. Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan keutamaan membaca surah ini .
No comments:
Post a Comment