Ziarah ke Perkampungan Ulu Melaka, tempat kelahiran Puteri Langkawi, jolokan gadis lagenda bernama Mahsuri, anak Pandak Maya dan Mak Andam merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi pada penghujung kurun ke-18 Masihi, banyak iktibarnya.
Wanita cantik ini kononnya dicemburui oleh banyak wanita dan lelaki, yang memberi padah fitnah dan pembunuhan manusia yang mungkin tidak berdosa ini.
Dua iktibar dari lagenda Mahsuri ini yang perlu dijadikan panduan dalam kehidupan ini. Pertama `wanita cantik yang dicemburui`, boleh dielakkan jika kehidupan kita mematuhi syariat. Mematuhi perintah Allah agar menutup aurat, bagi melindungi diri dari iri hati dan kejahatan…
AYAT dalam surah Al-Ahzab yang dipaparkan di atas, jelas sekali tentang perintah Allah supaya isteri-isteri orang mukmin supaya memakai jilbab atau tudung yang menutup seluruh tubuh mereka. Tujuan memakai jilbab tersebut dijelaskan lagi supaya mereka tidak diganggu. Maha hebat Kuasa Allah yang memerintahkan manusia mematuhi syariat NYA, agar kita selamat di dunia dan di akhirat. Apakah kita masih lagi terus mengingkari ayat-ayat Allah yang semuanya wajib dipatuhi agar menjadi panduan kehidupan di dunia ini.
Kedua `fitnah` boleh menatijahkan dosa yang besar kerana menyebabkan pecah belah dan masyarakat porak peranda. Maksud Al-Quran, dalam sebahagian ayat 217, memberi amaran bahawa Dosa pembawa fitnah adalah lebih berat daripada dosa membunuh.
Nah, ini lagi nasihat berupa amaran kepada kita, agar mengelakkan diri, keluarga, masyarakat dan ummah dari membuat fitnah. Menyebarkan fitnah atau menyebarluas perkara-perkara yang tidak pasti atau apa sahaja perkara yang boleh menatijahkan kemudharatan ummah, adalah dilarang. Elakkanlah, menyebarkan umpatan, fitnah yang boleh menyebabkan bala menimpa makhluk alam...nauzubillah min zalik.
No comments:
Post a Comment