Wednesday, November 3, 2010

Pengimejan Lawatan ke TURKEY

Nostalgia lawatan ke Turkey pada tahun lepas, dapat diunjurkan negara yang luas dengan kehijauan ladang tanamannya, sumber logam yang kaya, pembanguanan pesat perindustrian beratnya, pengangkutan yang canggih, pemandangan yang menakjubkan../negara itu boleh menjadi salah sebuah negara yang kaya dan maju. Jika program pembangunan fizikalnya, dapat diseimbangkan dengan pembangunan ketuhanan, sudah pasti negara madani ini boleh menerajui dunia ke arah mengembalikan Nur Islam ke pentas dunia. Kepimpinan negara yang ditonjolkan oleh wanita pertamanya, isteri perdana menterinya...didoakan agar menjadi role model kepada rakyat negara tersebut untuk mencontohi kehidupan Rabbaniyah mereka. Penduduknya yang masih tebal dengan pegangan sekularnya, sangat mudah untuk dilentur, jika pendekatan keadilan dan kesejagatan dalam cara hidup Islam yang syumul disampaikan kepada mereka.









ANKARA 30 Okt 2010. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.
Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.
Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.
Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.
Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.
Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

Saturday, October 30, 2010

KUMpul DANA dengan JUMBLE sale


Penyerahan tapak musolla yang diidamkan akan dibuat InsyaAllah pada 16 November nanti...Tarikh itu amat perlu, untuk merealisasikan ia boleh digunakan pada Ramadhan tahun hadapan, InsyaAllah...bermakna pada 17 Julai 2011, pihak kontraktor perlu menyerahkan musolla yang siap diguna pakai kepada pihak sekolah.
Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menggerakkan aktiviti mengumpul dana dan perlu untuk menyediakan sampai ke angka setengah juta K? bukannya mudah. Dengan modal di tangan 150K setakat ini, adalah merupakan tindakan berani kami untuk menyerahkan kerja-kerja kepada kontraktor...tawakall yang total kepada Allah SWT..BantuanNya sahaja yang memberi perangsang untuk kami terus berusaha.

Usaha terdekat ialah aktiviti Jumble Sale sempena Hari perjumpaan Ibu bapa -guru darjah satu sehingga Tingkatn Lima, pada 13 Novenber 2010 InsyaAllah. Penulis dah mula bersedia dengan bahan yang hendak dijualnya, apa yang ada hanya ada di keliling rumah iaitu anak pokok-pokok bunga, anak ulam raja, kunyit, pandan dll.

Di ruang ini, penulis juga menyeru jika ada para pembaca (yang berdekatan) yang ingin menyumbang anak-anak benih pokok, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi saya atau menghantar terus ke SRI Al-Amin Bangi. Jualan, barang-barang yang boleh diguna pakai juga akan dijual...ia akan diuruskan oleh pihak FASA dan PIBG Sri Al-Amin.

Tuesday, October 26, 2010

EIDUL MILAADIN SAIDDIN.....Alhamdulillah


"Segala puji bagi Allah yang terus menghidupkanku, setelah mematikanku setiap malam yang berlalu, kepadaMUlah aku akan kembali" Semogaku terus beristiqamah menggunakan nikmat hidup ini, selaras dengan tuntutan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Usia yang tersia-sia tidak dapat dapat dikembalikan seperti wang yang terbazir. Wang boleh dicari,tetapi masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan. Sebenarnya usia kita di dunia adalah tempoh kita 'berniaga' yang ditawarkan Allah SWT seperti yang dimaksudkan Dalam Surah As Sof ayat 10-11...'Wahai orang yang beriman! Sukakah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, yakni kamu beriman kepada Allah dan RasulNYa serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahuinya"

....petikan....Usia umpama harta...bukan banyaknya yang jadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian...solusi 24

Saturday, October 23, 2010

BERAMAL JARIAH, MENYUBUR REZEKI, MEMBANTU UMMAH

IKLAN IKLAN MAYA

Paparan ini menggambarkan apa yang dikehendaki....MARILAH BERSAMA MELABUR SAHAM ABADI..untuk menerangi kita di DUNIA SANA!!!. KAMI Memerlukan setengah juta K untuk membangunnya. Ambil peluang

Semasa kita berharta sebelum kita kedana
Semasa kita ada wang sebelum kita bankrup
Semasa kebajikan dihitung sebelum dipadam
Semasa ada peluang sebelum dihalang
Semasa hidup sebelum dipanggil pulang


Monday, August 2, 2010

Perubatan WAHYU


Perubatan wahyu adalah pengubatan secara holistik yang membawa seseorang itu kepada alam rasa untuk lebih menyerah kepada Allah SWT...tempat kita bertawakkal...DariNya kita datang, kepadaNYA kita kembali..SARANANNYA...'Berdoalah kepadaKU agar KU perkenankan" Kenapakahkah lagi ada keraguan tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepentingan DOA ini !!!! Doa tidak diperkenankan?.....perlu terokai dan muhasabah diri.
Sumber wahyu..Alquran nul Karim..menjelaskan sumber makanan kesihatan seperti madu, jintan hitam,delima, buah tin, kurma dan lain-lain. Hadith Rasul juga menyebut " Ubat penyembuhan itu pada tiga perkara; madu, berbekam dan tuam dengan api"....Riwayat Imam Bukhari dari Said bin Jubair r.a

Sunday, August 1, 2010

Pilihan UBATAN Hakiki terserah pada Hati???




"Setiap penyakit ada penyembuhnya, kecuali mati", Ujian peyakit - adalah ujian kesabaran, kepercayaan dan keyakinan bahawa IA adalah ketentuan dari penciptaNya yang tidak disenangi oleh manusia yang tidak beriman. Yang pasti bagi diri ini dan sewajarnya bagi semua manusia ialah, ia perlu diselongkari hikmahnya. Yang menjadikan penyakit itulah sahaja Yang mengetahui apa penyembuhnya. Ubatan yang preskripsi oleh doktor di hospital bukanlah yang hakiki sebagai penyembuh jika bukan izin Allah. Preskripsi ini contohnya - diclofenac sodium, magnesium trisilicate/aluminium, paracetamol dan mobic meloxicam adakah penyembuh kekejangan otot dan sakit tulang? Tablet canggih USANA yang didakwa diuji secara saintific dan diWARkan sebagai supplement terbaik di dunia atau produk HPA yang mendapat GMP,IMP dan produk sohih kehalalannya lagi thoib keluaran negara sendiri boleh jadi penawarnya?? atau PILIHAN HAKIKI ini yang terbaik.... terserah kepada kepercayaan dan keyakinan. Bagi pencatat ini...pilihan hakiki yang terakhir inilah yang terbaik.
Ia sumber Ilahi yang pengasih dan penyayang yang segala MAHANYA bagi semua ciptaanNYA.

Tuesday, July 27, 2010

UJIAN kesyukuran & kesabaran perlu MUHASABAH


Bila ukhuwahfillah terserlah,
tolong menolong tercurah,
bantu membantu terarah,
keadaan sukar jadi mudah.

Pertolongan-Nya datang, MasyaAllah,
menyinari roh Rahmah wa Mawaddah,
mekar, subur di kalangan ahli usrah,
ujian kesulitan membawa hikmah,

Ujian kesyukuran & kesabaran perlu muhasabah,
perlu dibaiki dan diubah sifat-sifat mazmumah,
Natijah sayang Allah kepada insan muraqabah
bersama mengumpul bekal untuk hari Akhirah,