Monday, January 19, 2009

Doa untuk ILMI, ELLYYIN & HUSNA(ILNEHH)

YA, ALLAH, tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan ilmi nadhrah, ellyyin @ helwa husna,(ILNEHH) ya Allah Tuhan yang mengajarkan Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada mereka.
Allah telah memeberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum(yg lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah KAMI berikan hikmah dan ilmu dan telah KAMI, tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya (al-Anbiya' ayat 71)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai Tuhan Nabi Muhammad S.A.W, selamatkan mereka(ILNEHH) daripada kegelapan, kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada mereka(ILNEHH)dan anugerahkan kefahaman kepada mereka(ILNEHH)dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengetahui dari segala-galanya. Ya Allah anugerahkan mereka (ILNEHH) cahaya dengan cahayaMU, dan jauhkan mereka dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi dari sega-galanya. Ya Allah anugerahkan mereka kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Segala puji itu dari Allah Tuhan sekalian Alam.Amin.amin

4 comments:

Ilmi Nadhrah Katiman said...

mama thanks a lot.. i really need it . Alhamdulillah. tinggal lagi 3 exams je before blk msia..

ssalmi said...

Seorang ibu ..memang sentiasa doakan anak-anaknya dan semua famili yg lain...hubungan roh sentiasa cuba dihubungi sepanjang masa. Doakan saat ini yin sedang berhempas pula s di dewan peperiksaan, Allah yang maha mengetahui dan mengasihi saja yang membantu, agar tidak lupa, diberikan ilmu hikmah, cahaya ilmu yang bersinar..

sherry said...

tolong doakan juga anak2 Deq terang hati sebagaimana sepupu2 mereka..

ssalmi said...

Deq @ semua adik beradik yang lain..amalkan doa penerang hati tersebut untuk kita dan semua orang agar.. kita diberi ilmu, petunjuk dan hidayah. Yang penting @ mustahak kita mesti mejalin hubungan roh..bukan sekadar jasmani antara insan agar doa dimakbulkan? Bagaimana cara kita pula untuk menjalin dan berenteraksi dengan Maha Pencipta???