Friday, June 19, 2009

ANUGERAH ALAM UNTUK KHALIFAH




MASYAALLAH, anugerah tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Selain sebagai bahan makanan sehari – hari,ia amat bermanfaat untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka, seperti dalam perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.

Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Pokok chichona, yang berasal dari Peru misalnya, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit.

Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.

Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.

Anugerah alam tumbuhan di negara kita yang kaya, sewajarnya dimanfaatkan oleh manusia yang tidak angkuh dan sumbong untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi fana ini. Penggunaan Perubatan HPA, satu alternatif untuk kita bersyukur dan menafaatkan anugerah alam ini.

No comments: