Thursday, June 11, 2009

DAMAI ABADI



Tafsiran ayat 10 hingga 12 surah as Sof sungguh terkesan sekali... seminggu dengan tugasan yang mudah-mudahan dikira kebajikan tu, memang menyibukkan diri, dan memenatkan. Persiapan bahan untuk kursus guru "peranan guru dalam merealisasi visi' dengan tugasan mesyuarat dan persediaan jamuan amal tinggal dua minggu lagi di samping perlu melayan ibu bapa dari kampung yang berkunjung sepanjang minggu itu perlu dihadapi dengan sabar dan penuh komitmen. Anak-anak di perantauan juga pada masa yang sama memerlukan doa restu, dorongan dan talian kasih sayang dan perhatian untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Anak lelaki pula yang terlalu berdikari dan kurang perasan dengan kecaknaan ibu bapa semuanya menghimpun seribu macam fikiran dibenak minda yang berat untuk difikirkan. Persoalannya adakah dengan kesibukan itu, diri ini tidak dapat memenuhi tuntutan menunaikan janji-janji Allah dalam surah tersebut? (yang terjemahannya seperti berikut:

10. Wahai orang yang beriman? Mahukah AKU tunjukkan sesuatu perdagangan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-NYA,serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui(hakikat) sebenarnya.

13. Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan masukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.

MasyaAllah, Allah telah tunjukkan anak kunci untuk membuka pelaburan yang natijahnya amat menguntungkan...hadiah yang sangat indah untuk digapai? Usaha untuk mencapai anak kunci yang tergantung tinggi yang hanya boleh dicapai dengan hakikat keimanan yang tuntas kapada Pencipta dan RasulNya. Membuka anak kunci dengan berjuang dan membela agama Allah dengan diri dan harta benda??? Keingkaran dan pengabaian terhadap petunjuk ini dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya..

Ya Rabb, berikanlah kami rahmat dan kasih sayangMu agar kami mendapat hidayah dan kemudahan untuk meningkatkan kualiti diri dengan keimanan kepadaMu dan rasulMu. Mempunyai keupayaan jasad dan harta benda untuk menegak dan membela AgamaMu.
Realisasikanlah usaha kami untuk berdagang dengan perdagangan yang menguntungkan itu.
Betapa menggunung impian dan cita-cita untuk menikmati hadiahMu.. berada dalam taman dan Syurga Adn yang tidak dapat digambarkan betapa indah dan nikmatnya. Tiada tara dan bandingannya dengan nikmat yang dirasai di dunia fana ini. Tunjukkilah kami jalanNYA.

No comments: