Monday, June 29, 2009

Jamuan Sumbangsih - Jalinan Kasih..Tetamu istimewaku







Kehadiran tetamu istimewa..ayah ibu memberi inspirasi. Begitu juga mereka, mengatakan terasa sayu dan amat gembira tentang usaha yang dilakukan oleh anak sulungnya. Setelah penghujung usia senja baru mereka dapat kubawa untuk merasakan suasana jamuan amal yang sebelum ini beberapakali diadakan tetapi mereka tidak pernah dapat hadir.Ayah bonda!, doakan anakmu ini terus dapat berdagang denganMU, dapat menginfaqkan jiwa dan raga serta harta benda untuk menjaga dan memelihara AgamaMU. Berusaha menagih janjiMU untuk dapatkan hadiah bersemadi di Taman Indah yang tidak dapat dibayangkan betapa nikmatnya???

Amal Sumbangsih -- jalinan permuafakatan








Alhamdulillah kutipan sebanyak RM 137,657.00 menjadi bukti, bahawa usaha yang gigih membuahkan hasil. Perbelanjaan sebanyak RM 35,954.50 dengan berbagai diskaun meninggalkan pendapatan bersih hampir 100 K. Amanah ini perlu dimanfaat dan dibelanjakan mengikut tujuannya dengan sesempurnanya, InsyaAllah. Titik tolak kerjasama dan permuafakatan antara warga sekolah, ahli lembaga, PIBG dan Fasa boleh terus digembeling dalam melaksanakan aktiviti yang lebih besar. Usaha mencari pengiklan, menyebabkan kos menerbitkan buku atur cara nil. Persefahaman dan repor yang baik dengan pegawai SRI SIANTAN dan Caterer mendapat pulangan dengan beberapa diskaun. Allah Maha Besar yang menundukkan hati-hati insan untuk memberi dan berkongsi apa sahaja. KepadaMU ku bersyukur... jauhiku dengan sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Ampunkan segala dosaku. Ku menunggu dengan bayangan persemadian abadi yang harum mewangi di jannati. Bimbinglah daku dengan jalanMU yang LURUS>

Monday, June 22, 2009

Jamuan Sumbangsih - InsyaAllah Ceria




27 JUN 2009, di Dewan Seri Siantan mencatat sejarah , InsyaAllah beberapa hari lagi. Dewan indah yang boleh memuatkan melebihi 80 meja (8oo orang) InsyaAllah akan dipenuhi..kini 73 meja pasti telah dijual, Sumbangan kasar sekitar 129k telah diperolehi. Doa dan harapan semoga majlis Sumbangsih Sri Al-Amin berjalan lancar. Segala sumbangan InsyaAllah akan dipastikan seupaya mungkin untuk merealisasikan objektif membantu pembangunan dan operasi sekolah. Kepada para penyumbang dan dermawan, diucapkan berbanyak terima kasih, dan Allah Subhanahu wataala sahaja yang memberi ganjarannya .

Jazakumullahu khairan kathiran

LAMPIN Buang Warga Emas ...bila lagi?? HPA


Anak-anak, cucu-cucu, jomlah bersama gunakan lampin buaNg bayi ni, sekurang-kurangnya dapat membantu mengguna dan membangunkan produk muslim. Bila pula agaknya HPA nak keluarkan produk lampin buang wargatua. Usia penduduk dunia, semakin bertambah, keperluan kebanyakan warga emas yang lanjut usia untuk menggunakan lampin pakai buang dalam proses balik muda mereka ini tentu banyak sekali. Peluang pasaran dan pelaburan yang besar serta mungkin sekali menguntungkan.

HPA mengeluarkan produk terbaru iaitu lampin bayi pakai buang. Antara kelebihan lampin pakai buang yang HPA keluarkan ini ialah:
1. Gred terbaik.
2. Satu-satunya lampin pakai buang keluaran Muslim.
3. Pelekat tahan lasak (vikro) yang mampu lekat berulang kali.
4. Leak guard.
5. Penyerapan extra.
6. Kain yang berkualiti tinggi.

Video korporat.....siapa patut buat??







Telah 20 tahun institusi ini didirikan...berbagai cara dan ragam ia dibangunkan. Sewajarnya pengisian, pengurusan, pembangunan dan kualitinya dari semua aspek telah melonjak begitu tinggi berbanding dengan keadaan awal pembangunannya. Pengurusan dan sebahagian sumber manusianya telah melalui pengalaman yang panjang untuk memaksimakan kepuasan pelanggan. Perayaan 2o tahun institusi ini yang sewajarnya telah berjenama dan ada perutusan dokumentasi atau dokumentari disediakan, malangnya masih belum dapat disediakan. Budaya kerja koporat, masih tidak dapat untuk dijelmakan. Sewajarnya kepimpinan pentadbiran yang diberi mandat untuk menguruskan institusi ini lebih kehadapan dan berpandangan positif untuk memajukan sekolah yang diterajuinya. Segala pandangan dan cabaran yang diberikan hendaklah diambil kira dengan tanggapan yang positif bukan dengan memberi alasan yang sebaliknya.

Saturday, June 20, 2009

Hamper @ Cenderahati HPA dari PUSPAWASIH




Tempahan hamper atau cenderahati menggunakan produk halal@ toyyiban dari produk HPA, khususnya boleh disediakan oleh pembekal atau stokis PUSPAWASIH.
Makluman butiran Harga cenderahati seperti gambar adalah seperti berikut=

1. Kordial pegaga/Rossell/Kurma : RM 15.00
2. Kurma minda (2 unit) RM 20.00
3. Kopi Radix RM 18.00
4. Radix Koko RM 20.00
5. Sos Thai (2 unit) RM 7.00
7. RTD Rossell (2 unit) RM 5.00
8. Radix Cookies RM 5.00
JUMLAH RM 95.00

8. Hiasan Bakul RM 25.00 ( RM 120.00) Hiasan Plastik RM 15.00 ( RM105.00)

Jika pelanggan adalah ahli HPA anda akan dapat diskaun harga untuk ahli....harga hamper/cenderahati akan menjadi 10 atau 15% lebih murah!!!!
Gunakanlah produk kita, yang suci dan bersih. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi? Jom bertindak segera...dapatkan ILMU tentang HPA,,,mempelajari anugerah alam untuk khalifah di muka bumi.

Friday, June 19, 2009

ANUGERAH ALAM UNTUK KHALIFAH




MASYAALLAH, anugerah tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Selain sebagai bahan makanan sehari – hari,ia amat bermanfaat untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka, seperti dalam perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.

Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Pokok chichona, yang berasal dari Peru misalnya, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit.

Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.

Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.

Anugerah alam tumbuhan di negara kita yang kaya, sewajarnya dimanfaatkan oleh manusia yang tidak angkuh dan sumbong untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi fana ini. Penggunaan Perubatan HPA, satu alternatif untuk kita bersyukur dan menafaatkan anugerah alam ini.

Thursday, June 11, 2009

DAMAI ABADI



Tafsiran ayat 10 hingga 12 surah as Sof sungguh terkesan sekali... seminggu dengan tugasan yang mudah-mudahan dikira kebajikan tu, memang menyibukkan diri, dan memenatkan. Persiapan bahan untuk kursus guru "peranan guru dalam merealisasi visi' dengan tugasan mesyuarat dan persediaan jamuan amal tinggal dua minggu lagi di samping perlu melayan ibu bapa dari kampung yang berkunjung sepanjang minggu itu perlu dihadapi dengan sabar dan penuh komitmen. Anak-anak di perantauan juga pada masa yang sama memerlukan doa restu, dorongan dan talian kasih sayang dan perhatian untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Anak lelaki pula yang terlalu berdikari dan kurang perasan dengan kecaknaan ibu bapa semuanya menghimpun seribu macam fikiran dibenak minda yang berat untuk difikirkan. Persoalannya adakah dengan kesibukan itu, diri ini tidak dapat memenuhi tuntutan menunaikan janji-janji Allah dalam surah tersebut? (yang terjemahannya seperti berikut:

10. Wahai orang yang beriman? Mahukah AKU tunjukkan sesuatu perdagangan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-NYA,serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui(hakikat) sebenarnya.

13. Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan masukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.

MasyaAllah, Allah telah tunjukkan anak kunci untuk membuka pelaburan yang natijahnya amat menguntungkan...hadiah yang sangat indah untuk digapai? Usaha untuk mencapai anak kunci yang tergantung tinggi yang hanya boleh dicapai dengan hakikat keimanan yang tuntas kapada Pencipta dan RasulNya. Membuka anak kunci dengan berjuang dan membela agama Allah dengan diri dan harta benda??? Keingkaran dan pengabaian terhadap petunjuk ini dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya..

Ya Rabb, berikanlah kami rahmat dan kasih sayangMu agar kami mendapat hidayah dan kemudahan untuk meningkatkan kualiti diri dengan keimanan kepadaMu dan rasulMu. Mempunyai keupayaan jasad dan harta benda untuk menegak dan membela AgamaMu.
Realisasikanlah usaha kami untuk berdagang dengan perdagangan yang menguntungkan itu.
Betapa menggunung impian dan cita-cita untuk menikmati hadiahMu.. berada dalam taman dan Syurga Adn yang tidak dapat digambarkan betapa indah dan nikmatnya. Tiada tara dan bandingannya dengan nikmat yang dirasai di dunia fana ini. Tunjukkilah kami jalanNYA.

Saturday, June 6, 2009

NATIJAH YANG DITENTUKAN

Alhamdulillah mesej ringkas 65 peratus kelulusan exam respiratory part I diterima. Usaha, ulangkaji dan pelbagai cara gaya mentelaah dibuat sebelum menghadapi peperiksaan, adalah usaha yang tidak boleh diabaikan. Hasil atau natijah hanya Allah sahaja yang mengetahuinya,,,,sudah tentu ia bersabit dengan usaha yang dibuat,doa dan harapan yang dipinta. Tawakallah,bahawa segala-galanya Maha Pencipta yang mengetahui dan menentukannya.Ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak mengetahuinya, walaupun kekadang keputusan itu kurang memberangsangkan.

Ujian respiratory untuk part 2 pada hari ini, didoakan semoga mendapat pencapaian yang lebih baik InsyaAllah.

Friday, June 5, 2009

BERSEMI HATI YANG TENANG - MENGHADAPI UJIAN - dedikasi khas untuk NADHRAH




Leluhur setenang air lautan pasti berkocak, jika badai atau apa sahaja yang melanda. Fitrah kemanusiaan yang kerdil di sisimu ya Allah, pastinya jiwa dan minda yang seboleh mungkin untuk pasrah, gagal menakluki hakikat ketenangan abadi bagi menghadapi cabaran/ujian yang tak pasti. Bergolak, berkocak,bercelaru itulah kebiasaannya. Ujian akhir untuk beberapa hari, mengakhiri pembelajaran sepanjang semesta yang bergunung banyaknya. KepadaMU yang Allah, kami seluruh keluarga berdoa dan mengharapkan hidayah dan pertolangan hanya dariMu untuk memberikan rezeki dan nikmat kefahaman, ilmu, hikmah dan fikiran kepada NADHRAH untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun keduanya pada hari esok..6 Jun 2009.

Thursday, June 4, 2009

PAsTI dEBAran MenggaMit ...LUMRAH manusia LEMAH



Sebagai pengarah majlis, hati kecil ini memang gusar menunggu saat tibanya jamuan amal yang dirancang buat pertama kalinya untuk SRI Al-Amin. Walaupun penyerahan dan tawakkal tuntas hanya kepada Allah SWT, namun tidak dapat dipendamkan rasa kekerdilan diri dan semua urusetia untuk menyediakan yang terbaik dan dapat memenuhi kepuasan pelanggan. Tiga minggu lagi masa yang ditunggu, memang berlari begitu pantas, sementahan pula unit persembahan dan montaj 20 tahun Al-Amin, belum menunjukkan capaian sasaran yang menggalakkan. Hanya doa dan harapan dengan pemantauan yang lebih dinamik dan tegas, semoga unit tersebut dapat menyediakan hasilan dan natijah WOW!!!!! InsyaAllah.

Dapatan sumbangan menghampiri 110 K adalah sesuatu nikmat yang amat disyukuri, hampir mencapai sasaran yang ditetapkan dalam kertas kerja tindakan. Jumlah kerusi yang terjual mencecah 624 orang sudah tentu insyaAllah menceriakan Dewan.Agenda yang memasukkan agenda yang utama untuk mengajak tetamu Solat Isya' Berjemaah perlu disusun secara terancang agar mematuhi masa yang ditetapkan. Hanya kepada Allah yang dipohon agar segala yang sukar dipermudahkan, amal solat yang utama dikerjakan keranaNYA, pasti DIA sahaja yang menyusunnya dengan SEMPURNA

Monday, June 1, 2009

SEKAPUR SIREH - JAMUAN AMAL SUMBANGSIH SRI AL-AMIN


SEUNGKAP BICARA

Dengan Nama Allah yang Pengasih Lagi Penyayang

Segala puji-pujian kepada Allah kita persembahkan dan segala selawat dan salam kita junjungkan kepada Nabi Besar kita Muhammad S.A.W. Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang terpelihara serta mendapat hidayah-Nya sehingga kita dapat berkumpul dalam Majlis Jamuan Amal Sumbangsih SRI AL-Amin di Dewan Sri Siantan ini. Tiada daya dan kuasa untuk kita melakukan semuanya, kecuali mengharap pimpinan dan pertolongan Allah s.w.t jua, agar Majlis Sumbangsih ini, mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. Saya bagi pihak semua urusetia amat bersyukur dan mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan para hadirin dalam majlis silaturrahim dan permuafakatan ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada para dermawan tanpa hadir, yang turut menyumbang kepada pihak sekolah.

Sesungguhnya, bukan sekadar sajian hidangan yang kita jamah yang menjadi rezeki malam ini yang perlu kita syukuri, namun yang penting untuk kita bersama terjemahkan rasa amat syukur dan terima kasih atas rezeki dan nikmat yang diberikan kepada kita, sehingga kita dapat menyumbang dan menaja majlis yang barakah ini. Segala infaq yang dihulurkan, sama ada dalam bentuk material, kepakaran ilmu dan idea, kepakaran seni dan bicara, usaha dan tenaga adalah anugerah Allah yang kita dapat himpunkan dalam majlis yang penuh harmoni dan sejahtera ini. Semoga jalinan kerjasama, jaringan permuafakatan, ikatan silaturrahim, di samping doa dan harapan, di kalangan ibu bapa, alumni, sahabat dan warga Sekolah SRI Al-Amin agar berterusan sehingga kita bersama dapat merealisasikan Hala Tuju Pendidikan sekolah itu. Visi sekolah untuk menerajui Sistem pendidikan Islam bagi melahirkan insan Rabbani, perlu kita sokong dan bersama membantunya.

Dana yang kita bersama usaha dan kumpulkan ini, InsyaAllah dapat membantu sekolah memenuhi objektif atau tujuan kita menganjurkan Majlis Jamuan Amal ini. Semoga segala usaha kita yang sedikit ini, dapat membantu sekolah menyediakan prasarana keilmuan yang lebih baik untuk mengembangkan potensi pelajar dari segi ketaqwaan, akhlak, keilmuan, ketrampilan dan kemahiran.

Alhamdulillah kejayaan majlis ini adalah dari izin Allah di samping penglibatan, penyertaan dan sokongan para hadirin dan dermawan semua. Oleh itu saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua hadirin yang dapat meluangkan masa untuk hadir dalam majlis ini. Begitu juga ucapan terima kasih kepada semua urusetia, rakan-rakan dan para dermawan yang membantu dan menyumbang untuk menjayakan majlis ini. Juga, terima kasih kepada para pegawai Kompleks Perbadanan Putra Jaya yang membenarkan kita menggunakan dewan yang permai ini. Semoga perhimpunan kita di dewan ini mendapat keberkatan dengan natijah kemenafaatan yang tak terhingga. Apa yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan dan kekurangan itu daripada kami.

Sekian, Wabillah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Terima kasih.


PENGARAH
Jamuan Amal Sumbangsih