Sunday, June 26, 2011

BERBONDONG-BONDONG AKAN MASUK AGAMA ALLAH.




“ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenagan, dan engkau lihat manusia masuk ke dalam Agama Allah dengan berbondong-bondong (Surah an-Nashr (ayat 1 -2)’”
"Subhanallah - Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, dalam misi ziarah umrah pada 6 -18 Jun 2011 yang lalu, saya terfikir kebesaran dan anugerah Allah yang memberikan ilham, kepakaran dan ilmu kepada manusia untuk membina bangunan pencakar langit yang gah berdiri dengan tersergam indah. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. Ternyata sejak kerasulan junjungan Nabi besar Muhammad SAW, bermulalah agama Allah berkembang di muka bumi. Negara Islam Madinah yang unggul adalah petunjukdan contoh untuk mengurus alam dan manusia demi mencari kebahagian duniawi dan ukhrawi.
Itulah sunahtullah, anugerah ilmu dan kepakaran – dan dengan Kehendak Allah jua, padang yang gersang dan tandus bertukar menjadi hijau dan subur dan setiap hari semakin meluas untuk bekalan makanan, seiring dengan pertambahan penduduk dunia. Guna tanah yang semakin mahal dan sempit, dengan izin Allah jua terbina petempatan/bangunan mencakar langit. Inilah juga petanda bahawa masa berlalu cepat, menyebabkan usia kehidupan dan alam semakin tua seiring dengan destinasi akhir sunahtullah di alam fana ini ….KIAMAT. Banyak tulisan yang mengungkapkan kenyataan ` Pembinaan Menara Jam DiRaja Mekah: Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah`selari dengan Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-bangga menegak dan meninggikan bangunan. Hari Kiamat adalah perkara ghaib yang wajib diimani dan kita mesti bersedia dengan RTD ( road to die) .
Pandangan peribadi - pembangunan kota Mekah yang moden dan terancang, pengurusan persekitaran dan manusia yang bersih dan lestari, InsyaAllah akan menarik berbondong-bondong manusia berkunjung ke Tanah Suci…mungkin bermula dengan pelancongan Jasmani, niat yang suci untuk melihat tanah barakah, tanah haram yang mulia, tempat doa mustajab…ia merupakan satu pencarian yang melorongkan hidayah untuk pelancongan/ziarah ibadah dan rohaniah. Membuka hati bukan Islam untuk melihat sendiri `Tanah Barakah` ini dengan memulakannya terlebih dahulu mengungkapkan `syahadah` Tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

No comments: