Saturday, February 21, 2009

Khalifah yang Bestari

Blog - Buku Log, Web Blog merupakan catatan harian sesiapa sahaja yang suka mencatat diari harian masing-masing. Diari harian boleh ditulis dalam buku log maya kompter, secara selamat dan boleh dikongsi oleh semua orang!!. Begitulah antara intisari cetusan perbincangan antara ahli ahli panel Bloggers dalam program langsung Komentar siaran astro awani - gerbang dunia kita malam tadi ( 20.2.2009). Iktibarnya kita, bolehlah terus menulis setiap masa dan ketika, untuk kepuasan diri kita sendiri dan yang mungkin juga boleh berkongsi dan bermanfaat untuk orang lain. Yang penting kita harus bertanggungjawab atas apa yang kita tulis, dan sebolehnya tidak menyentuh hubungan sosio-emosi orang lain. Masih jadi nostalgia dari buku log/buku diari yang ditulis masa sekolah, masa remaja, masa belajar, masa dewasa dan bekerja dahulu. Catatan yang ditulis itu apabila dibaca kembali atau dibaca oleh anak-anak/cucu-cucu, Ia boleh jadi bahan perbincangan, bahan yang sedih, bahan yang gembira, malah peristiwa lama boleh diimbau kembali..Alhamdulillah.

Dalam menerjah beberapa kandungan blogger, kedapatan apa-apa paparan tulisan, yang sebenarnya menggambarkan diri penulis itu sendiri. Pembaca dapat menyangka apakah hobinya, apakah pekerjaannya, apa pembawaan dan halatuju dirinya. Sesungguhnya apa yang dipaparkan itu adalah dari kerangka cetusan hati kecil masing-masing...bersambung

4 comments:

sherry said...

So Deq ni boleh dikategorikan minat apa ye...bowling, masak? heheh..

ssalmi said...

Oh..ada yg respon?,,Deq frankly speaking..you masih dalam proses nak jadi matang..perlu banyak lagi belajar..masih banyak guna masa nak main-main..jgn mare ye?

ssalmi said...

deq.. gunakan persekitaran yg melingkungi apasaja suasana/tindakan yang kita lakukan ..untuk berfikir agar proses matang dicapai?. Ingat? jasmani kita hanyalah lingkungan yang membaluti roh kita, seperti pakaian yang menutupi tubuh kita?

sherry said...

Salam Tokma.

Thanks for ur ingatan..Deq akan cuba yang ubah@baiki mana yang patut..ok..