Monday, February 16, 2009

Sireh Lagenda Warisan

14 Feb 2009....Anak muda Hafiz Al Quran, yang juga namanya Hafiz dalam lingkungan 20'n,begitu bersemangat menggerakkan perniagaan warisan ubatan tradisional berasaskan gamat. Pengetahuan ubatan tradisi dan alternatif yang dihasilkan oleh perusahaan kecil familinya berjaya menghasilkan toko ubatan berasaskan gamat yang terletak di tepi jalan...dari Bandar Kuah ke Lapangan Terbang Mat Sirat, Langkawi

Kedai sebuah yang comel berukuran lebih kurang 40'x40'.. diberi nama Sireh Lagenda Warisan, masih lengang dan sunyi tanpa pengunjung kecuali kami lima orang. 'Beginilah..selalunya' kecuali semasa cuti sekolah..keloh anak muda gigih itu. Pengunjung mereka kebanyakannya pelanggan Melayu tempatan dan dari pulau besar. Agihan produknya hanya diedarkan kepada beberapa kedai yang dipercayai dan membayar harga senilai dengan produk yang diambil.!. Kenapa? Bila ditanya kepada anak muda usahawan kecil bersama dua orang lagi rakan kongsi perniagaanya itu..menjawab dengan penuh sayu dan nostalgia pahit yang berlalu terpaksa disingkap kembali. Kami pernah kerugian hampir 100K, apabila cuba memasarkan produk kami di Melaka. Ikatan janji, dan kepercayaan diberikan amanah untuk menjual produk Sireh Lagenda Wawasan bernilai ratusan ribu itu sehingga akhirnya meranapkan harapan setinggi gunung dengan pulangan hanya menggigit jari. Siapakah usahawan sombong, yang mungkir itu kalau bukan di kalangan ahli perniagaan bungkus..U..No lah??? kami dapat mencungkil siapa dia peniaga temberang itu....

Kenapa destinasi pelancongan, rekreasi dan pusat membeli belah di Pulau Lagenda itu, jadi sepi @ sunyi? ,..tak seceria dan semeriah dulu... Peluang untuk penduduk, pengusaha di Langkawi khususnya untuk muhasabah dan refleksi diri..Percayalah usaha yang barakah sahaja dapat bertahan, kerana usaha yang barakah itu adalah Hadiah dari Allah yang boleh kekal mengikut ketentuanNya.

1 comment:

annusairy said...

salam... bonda, jazakallah atas keprihatinan bonda.. hafiz ingin sekali mengenali keluarga bonda dgn lebih dekat.. itupun... kalau2 mendapat keizinan dari bonda sekeluarga.. apa2 pun salam ukhuwah dari hafiz... ilal liqa..