Friday, August 14, 2009

Pembangunan HATI dalam Madrasah RAMADHAN


Hidayah Allah yang sangat disyukuri kerana menggerakkan hati ini, untuk melangkah kaki dalam pelbagai majlis ilmu, dalam pelbagai majlis silaturrahim fillah dalam program-perogram bersifat kebajikan...sebelum menuju langkah pasti ke persemadian abadi.

Kupanjatkan doa dan harapan agar hidayah ini terus tercurah kepada insan kerdil yang serba dhaif dan jahil ini. Juga tercurah kepada semua ahli keluargaku, ibu bapa dan adik beradik, ipar duaiku yang lain. Alangkah gembiranya jika keluarga besarku ini bersama dalam taman syurga yang tidak dapat digambarkan kenikmatan dan keindahannya. Jika halatuju yang satu itu tidak dapat dipenuhi oleh mereka dalam gerombolan besar ini, maka akan tercicirlah mereka..nauzubillah. Ku mengajak semua ahli keluarga untuk menafaatkan bulan Ramadhan al mubarak ini sebagai bulan tarbiyah diri dalam penyucian dan pembangunan HATI. Hati yang suci dan terbangun menatijahkan pembangunan Roh insan yang terarah mengikut fitrah.

Semua orang tahu, Ramadhan bulan anugerah kepada manusia yang dijanjikan awalnya sebagai anugerah kerahmatan, pertengahannya sebagai anugerah keampunan dan akhirnya sebagai balasan dijauhkan dari seksaan api neraka. Hadiah itu pasti untuk semua insan yang berusaha mencari dan menggapainya dengan bersugguh-sungguh melalui amalan yang telah digarispandukan kepada semua umat manusia melalui ISLAM. Semoga kita TIDAK menjadi menusia yang ego dan sombong kerana tidak mahu mendapatkan hadiah istimewa dan hakiki yang ditawarkan itu.

Marilah kita bersama merebut tawaran hadiah itu dengan menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan penuh keredhaan kerana Allah. Memperbanyakkan membaca dan memamahami Kalamullah di samping mengamalkannya. Memperbanyakkan doa yang tulus mulus, agar diperkenankan, memperbaiki amalan fardhu agar kita lebih dekat dan dikasihiNYA , membanyakkan amalan sunat di samping sepanjang masa berzikirullah.

"Bersedia memperkasa diri untuk menjalani tarbiyah dalam Madrasah Ramadhan"

3 comments:

sherry said...

Thanks for sharing..insyaallah..akan berusaha ke arah itu.

Sukarelawansuri said...

mohlah sama-sama

ssalmi said...

moga panjang umur untuk temui madrasah ramadhan tahun ini