Saturday, February 20, 2010

Doktor CUAK nak ON-CALL



Anak pertama Dr E, sehingga sekarang masih telefon dan mohon restu ibunya, apabila ada on-call, Dr D dan Dr F juga begitu, adiknya Dr H yang masih baru dalam menjalani ‘houseman’ juga sering diingatkan supaya sentiasa bersedia dari segi ilmu, jasmani dan rohani serta yang paling penting kesihatan yang baik dan stabil. Mereka takut dan berdebar-debar jika datang kes-kes acute atau pelik yang mereka masih belum mahir. Takut kena marah oleh MO dan doktor pakar on-call.
Perlu mendapat pertimbangan sewajarnya, terutama daripada yang berwajib, ialah tentang mandat masa untuk berihat sekurang-kurangnya 4 jam sehari ada keadilannya bagi semua pekerja. Ia amat penting untuk kesejahteraan diri dan pelanggan khususnya pesakit di hospital. Adakah mandat masa rehat 4 jam ini diperolehi, terutamanya oleh doktor-doktor yang on-call?. Sumber daripada anak-anak doktor, tentang masa on-call dapat dinukilkan kembali seperti berikut;
Pada hari biasa, on-call bermula dari 5ptg ke 8pagi esoknya, selama 15 jam. Hujung minggu pula dari 8pagi hingga 8pagi keesokannya selama 24jam. Yang paling kesihan, ialah selepas kena on-call, terpaksa sambung kerja seperti biasa… Bayangkan mereka bekerja Hari Isnin 8pg hingga 5ptg, sambung on-call hingga 8pg Selasa. Kemudian anda tetap sambung kerja hari Selasa 8pg hingga 5ptg. Jumlah keseluruhannya mereka bekerja 33jam berturut-turut tanpa henti. Malah ada yang lagi teruk, bila on-call EOD(every other day). Kiranya Selasa petang balik, Rabu esoknya tu on-call lagi, Khamis petang baru balik rumah.Bayangkan cara tempoh bekerja yang TANPA REHAT itu bukan sahaja telah melanggar etika Peraturan Pekerjaan, malah melanggar fitrah kemanusiaan. Alah SWT telah menjadikan malam untuk berihat, dan mencari kekuatan baru untuk menyambung tugas pada hari berikutnya, jika nikmat umur masih dikurniakan dengan lebih baik dan sempurna. KURANG TIDUR DAN REHAT pasti menyebabkan badan jadi lesu, fikiran buntu, kepastian menjadi celaru,mood dah tak menentu, tekanan dah memuncak. Bolehkah sesorang itu boleh bertindak secara rasional, benar dan meyakinkan?

No comments: