Wednesday, February 17, 2010

Tagging!!! - Ragging??? aduHAI DOKTOR


Penulis bukanlah Doktor, namun penulis memahami kepayahan Doktor-Doktor di hospital kerajaan terutamanya apabila menjadi tempat luahan rasa, dan topik sembang-sembang apabila ber"SMS", bertelefon atau ketika berjumpa dengan anak-anak walaupun dalam masa yang amat singkat.
Anak ketiga yang akan menghabiskan "houseman" beliau selama dua tahun dalam beberapa minggu ini InsyaAllah, dapat merasakan betapa kencangnya debaran beliau untuk menunggu di mana hospital atau KK yang akan ditempatkan. Dahlah bersuami hanya di hujung minggu, ada anak kecil lagi...jika di tempatkan di lokasi yang jauh..bertambah terseksalah Dr F. Makin susut dan kurus keringlah nampaknya.

Anak Keempat Dr H...yang baru sebulan setengah memulakan "houseman" beliau, dah nampak fizikal badannya mula susut.. dah minta belikan pakaian... bersaiz semakin kecil...kesiannya, kesiannya. Masa tagging...agaknya ragging kot, sehingga tak terurus diri...begitu tertekan, terseksa, terlalu kepenatan. Bekerja 48 Jam tanpa henti Bermula kerja 7.00pagi, tetapi pukul 6.30 pagi dah berada di wad. Sepatutnya, pukul 5petang dah berhenti tetapi terus bekerja tanpa henti sehingga 11 malam. 3 minggu masa tagging kena solat maghrib jama' ta'akhir dengan Isyak. Sebab doktor pakar round kol 6.30 ptg. Tak mau miss pengalaman dan pembelajaran terpaksalah ikut doktor pakartu. Doktor yang bukan muslim, mana tau waktu fardhu untuk solat!!.Selepas habis tagging...itupun kalau lulus penilaian....kena ON-Call dari 5.00petang hingga 8.00pagi keesokannya, Kemudian sambung lagi sehingga 5pm atau 6pm.

Tiada masa untuk makan, Tiada masa untuk baring meluruskan kaki, dan tiada masa untuk membaca akhbar, malah nak buka e mail dan melayar facebook jauh sekali sebenarnya. Kadang-kadang dr H mengadu, perut keroncong- menahan kelaparan. Kadang-kadang jika ada kesempatan cari makan di pantri hospital. Kesiannya...patutlah badan jadi kurus kering. Tiadake perkhidmatan menyediakan makanan untuk dr on call di hospital. Fasal Elaun on call, berpadake dengan elaun hanya RM100 sehari, pada hari bekerja dan RM110 pada hari cuti umum. Pensyarah jemputan di sekolahpun, dibayar RM100 sejam tu, kira bayaran yang paling minimum.Dr H yang melarikan diri sebentar selepas raund wad, selepas on call, dah mengeluh, kaki dah terasa kebas-kebas. Apa tidaknya, jika makanan tak terurus, kebarangkalian untuk mendapat penyakit adalah tinggi..sebab penyakit adalah berpunca dari apa yang masuk dalam perut...

Patutlah doktor sendiri menjadi " Pesakit yang paling teruk"???
.

4 comments:

naadherah said...

huhu.. kesiannye kekwa.. ni yg nak buat mimi rasa nak jadi kaya dan tak payah buat housemanship nih..nguh2 harap2 waktu mimi join force nanti tak seterukk kekwaa?

ssalmi said...

Mimi..nak tau,masa k ewa otw nak balik sungai dah sampai kat HICOM terpaksa patah balik ke hospital..dipanggil..urgent,,ada kes polis..Nanti mimi jadi doktor alternatif ye

Yin said...

sebab tu kena supplement kan diri...mknlah usana. Hee.. hee.. atau hpa. Jaga patient, tapi jaga diri pun penting.... nanti dah buat medical rotation lg seksa asyik kena jangkit germs from pt atau staff lain yg sakit..The point is you have to keep fit spiritually, mentally and physically....with 9 yrs of experience, i still get butterflies in my stomach when on call :-)

ssalmi said...

thanxs...yin, Betul kena ambil supplement. Nasihattu nanti mama masukkan dalam catatan berikutnya.