Friday, February 5, 2010

Hari pertama melapor diri - doktor yang tergores dan terhiris


Kereta yang dipenuhi barang=barang keperluan terpaksa berulang alik dibawa pergi dan kembali,kerana masalah tempat tinggal.. Penyelia asrama yang tidak mesra pelanggan, menggores perasaan. Sewajarnya beliau patut mencari seberapa banyak kebajikan dengan menolong dan membantu pelanggan. Hari pertama melapor diri penuh dengan catatan pahit. Semangat berkobar-kobar untuk mencebur diri dalam kerjaya mencabar ini, mula pudar. Surat panjang lebar ini terpaksa dibuat untuk mendapatkan tempat tinggal di hospital. Jika tidak kesampaian...surat ini pasti meluah rasa di media massa?
Nama & Alamat
Tarikh : 4 hb Januari 2010
Pengarah,
Hospital .........................

Per: Rayuan Permohonan untuk tinggal di Kediaman Doktor Hospital.........

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Ucapan terima kasih kepada KKM kerana menempatkan saya untuk menjalani latihan kedoktoran di H..., walaupun pilihan saya untuk ditempatkan di Hospital berhampiran rumah, bagi mengelakkan kesukaran mencari tempat penginapan tidak dapat dipenuhi.

3. Saya dengan penuh takzim dan harapan yang amat tinggi memohon agar saya diberi izin untuk tinggal di kawasan kediaman H..... atas sebab-sebab berikut:

Jarak Rumah saya di K...... dengan H.... adalah jauh, kos tol yang tinggi adalah kurang selesa untuk berulang alik setiap hari. Tambahan pula saya tiada kenderaan sendiri.

Sepanjang perjalanan yang sesak dengan traffic, mendatangkan keadaan tertekan, keletihan dan boleh menjejaskan masa kesampaian untuk memenuhi masa jam bekerja.

Pengalaman rakan-rakan senior dan kakak sendiri yang menjalani masa ‘houseman ship’ terutamanya masa ‘tagging’ yang tidak tentu masa atau waktu sama ada malam atau siang, sesungguhnya memerlukan tempat tinggal yang berhampiran dengan hospital untuk mengelakkan kelalaian, menjamin keselamatan diri dan mengurangkan keadaan yang amat meletihkan.

Pada awal kerjaya, adalah tidak elok saya terus bergantung kepada orang tua untuk mendapatkan duit poket dan belanja hidup harian untuk mencari rumah penginapan di luar hospital yang semestinya memerlukan belanja yang agak tinggi untuk sewaan dan peralatan rumah yang seadanya untuk tempat tinggal. Memadailah sepanjang lima tahun saya belajar untuk mengejar cita-cita menjadi doktor, mengharapkan bantuan harian dari orang tua, kerana saya tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak, kecuali saya mendapat pinjaman JPA untuk ‘yuran pengajian sahaja’.

Permulaan menjadi seorang doktor, dengan semangat yang berkobar untuk menambah ilmu dan kemahiran, untuk berbakti kerana kemanusiaan dan kabajikan seharusnya seiring dengan dorongan dan sedikit rasa kemanusiaan, oleh para staf dan majikan sekurang-kurang dengan senyuman dan layanan mesra, di samping yang paling penting menyediakan tempat penginapan awal kepada staf baru yang baru bermula untuk hidup dan bekerjaya cemerlang.

Sesungguhnya, monolog dan catatan memori menggembirakan dan menyeronokkan pada awal kerjaya oleh setiap diri insan yang fitrahnya memerlukan sedikit kepekaan dan keperhatinan majikan untuk membantu melegakan dan melapangkan sesorang pekerja baru adalah dorongan dan bantuan yang amat mengembirakan. Ia menjadi dorongan kepada orang lain untuk terus berebut dan bersaing untuk menjadi doktor yang banyak cabaran itu. Mengurangkan dan melegakan sesorang dalam kesusahan dan kesakitan merupakan satu kebajikan yang natijah kebaikannya kembali kepada yang memberi/merawat dengan Izin Ilahi.

Sekian, sekali lagi saya amat berharap agar permohonan saya untuk menginap di perumahan dalam kawasan Hospital... diluluskan. Kerjasama dan bantuan pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Satu Malaysia - Rakyat didahulukan - pencapaian diutamakan
Visi Hospital.. - Bersama direalisasikan - perkhidmatan terbaik diutamakan.

Yang benar

'''''''''''

No comments: