Thursday, November 24, 2011

Melepasi Laut Mati – Iktibar tragedi kaum/pemimpin yang dilaknati


Naluri hati mengilhamkan ketidakinginan untuk menjengah LAUT yang Mati yang tidak membenarkan kehidupan menghuninya. Laut yang diterbalikkan sehingga kedudukannya sehingga 418m di bawah aras laut dengan kadar kemasinan 8.6 kali berbanding dengan laut yang lain. Tasik atau laut ini terletak di sempadan Jordan, Syria dan Tebing Barat. Panjangnya 67 km dan 18 km paling lebar. Sungai Jordan, mengalir ke Laut Mati ini.
Dalam Sirah Rasullullah ada menyebut tentang larangan kepada pengikut-pengikut baginda agar tidak berada di tempat yang dilaknati Allah, malah menganjurkan untuk mengerjakan solat berjemaah bersama baginda. Ada sesetengah riwayat menerangkan ketika Rasulullah melintasi kawasan tersebut, baginda menundukkan kepala dan mempercepatkan langkahnya.
Sejarah Laut Mati bermula pada zaman Nabi Luth yang tinggal di kota Sodom yang terletak berhampiran Laut Mati apabila mereka melakukan beberapa kerosakan di muka bumi. Mereka dicela akibat beberapa perlakuan yang melanggar syariat seperti homosexual - melakukan seks sesama lelaki, merompak dan membunuh. Bagaimanapun, kaum Nabi Luth ini lebih terkenal dengan sejarah homosexual di kalangan mereka yang fasik. Nabi Luth berusaha mengajak kaumnya bertaubat sehingga memenatkan,tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Nabi Luth juga seperti insan biasa, berputus asa dengan keingkaran dan kesesatan kaumnya sehingga berdoa kepada Allah agar diturunkan balasan terhadap mereka. Allah telah menterbalikkan kota Sodom sehingga tenggelam di Laut Mati. Laut Mati ini telah dilaknat oleh Allah sehinggakan tiada ikan yang mampu hidup.. Surah Hud 77. Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit[29]."



Muhassabah untuk kita semua,mengenai sejarah yang dicatatkan zaman berzaman seperti yang dinukil dalan Al-Quran tentang Firaun,yang mewakili pemimpin/pemerintah yang zalim, Haman –mewakili Perdana Menteri/cabinet yang mengikut telunjuk pemimpin yang sombong dan melakukan apa sahaja untuk menjaga kedudukan, kekayaan dan keluarga. Qarun yang mewakili korporat yang rakuskan harta. Surah Mukmin 26 -27, bermaksud “Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir/bimbang dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi." Dan Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab." Padahnya ialah - Balasan Allah kepada Firaun dan pengikutnya dengan kematian lemas di daratan yang ditenggelamkan.Masyaallah hebatnya kuasa Allah.

Berikut ialah senarai mereka di dalam Al-Qur’an yang dilaknat dan dikutuk Allah: Dilaknat artinya disingkirkan dan dijauhkan oleh Allah dari rahmat-Nya, dan dimurkai oleh-Nya.

1. Orang-orang kafir dan yang ingkar
2. Orang-orang yang menentang kebenaran
3. Para pemimpin dan pembesar yang menyesatkan
4. Orang-orang yang memutuskan silaturrahim, dan orang-orang yang murtad
5. Orang-orang yang menentang undang-undang Ilahiyah dan menyimpan kebenaran.
6. Para pemimpin kufur dan pelaku kerusakan di muka bumi
7. Orang-orang munafik yang menyakiti Rasulullah saw
8. Orang-orang yang zalim
9. Orang-orang yang membunuh orang mukmin
10. Iblis
11. Orang-orang yang menuduh berzina terhadap perempuan yang baik-baik dan suci
12. Orang-orang yang menyalahi pemimpin yang soleh



Nauzubillah min zalik……Semoga kita mendapat iktibar dan dijauhi daripada malapetaka yang menimpa Kaum Nabi Luth, Kaum Nabi Musa, Kaum Nabi Solih dengan menjauhkan diri daripada melakukan kemaksiatan yg sama...dan tidak tergolong dan menyokong 12 golongan yang disenaraikan di atas.
Untuk menjaga wara` dinasihati agar memasang NIAT semata-mata untuk mendapatkan iktibar balasan Allah terhadap mereka yang INGKAR perintah Allah, jika kita diberi izin untuk melancong ke lokasi yang dilaknati Allah tersebut. Janganlah mendabik dada, kita boleh melancong ke mana sahaja seperti mana orang lain yang tiada pegangan agama melancong. Banyak juga di pasaran produk dari Laut Mati, seperti Garam, Lumpur Laut Mati dll dalam produk pemakanan, kesihatan dan kecantikan yang diwar-warkan baik untuk digunapakai atau digunamakan. Tepuklah dada –tanyalah Iman...apabila hendak membeli atau mendapatkannya.

No comments: