Friday, November 18, 2011

Singgah sebentar di Wadi Musa dan Mata Air Musa(spring)


Perjalanan meninggalkan Aqaba merentasi padang pasir, semakin ke Timur laut Jordan, meninggalkan sempadan Palestin, penulis teringat petikan maksud Al-Quran Surah Al-Maaidah, ayat 21: bermaksud,“Hai kaumku, pergilah ke tanah suci [Palestin] yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu lari ke belakang [kerana takut kepada musuh], maka kamu jangan jadi orang yang merugi”.( Maksud: tanah Palestin itu ditentukan Allah bagi kaum Yahudi selama mereka beriman dan taat kepada Allah.) mengikut pemahaman sendiri( mohon pembetulan drp mereka yg arif) tentang ayat itu ialah :
1. Perintah Allah untuk pergi ke Tanah Suci Palestin
2. Jangan undur kerana takut musuh
3. Orang penakut adalah orang yang rugi
4. Bumi Palestin adalah untuk penghuni yang beriman dan taat kepada Allah sahaja
Siapakah yang mendominasi menduduki bumi Palestin kini?, adakah penghuninya orang beriman dan taat kepada Allah? Umum mengetahui orang yahudi yang angkuh dan sombong dan menceroboh hak orang lain.
Wahai umat Islam…kita masih tidur lena dengan membiarkan Bumi yang Allah janjikan ruang jihad itu di duduki oleh kafirun..melanggar perintah Allah tidak pergi ke sana, melanggar perintah jangan berundur di samping menjadi dayus menjadi orang yang penakut dan orang yang rugi….. Allah menjanjikan seperti maksud Surah Muhammad 12: Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang mukmin dan beramal saleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan jahannam adalah tempat tinggal mereka.


Melancong ke mana sahaja di bumi Allah,untuk mendapatkan redha-Nya, untuk muhasabah diri, untuk merenung dan yakin akan Kekuasaan Allah SWT, atas peringatan dan laranganNya di samping membenarkan apa yang dicatatkan dalam Mushaf Mukjizat Al-Quran adalah satu aktiviti yang boleh menginsafi betapa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Menginsafi apakah amanah sebagai hamba dan khalifah Allah, kita dapat penuhi dan laksanakan sebaik mungkin??. Banyak manakah bekalan akhirat sepanjang perjalanan menunju usia senja dapat kita kumpulkan? Sebanyak manapun persoalan-persoalan yang berkaitan dengan keimanan dan ketaqwaan yang kita tanyakan, selagi persoalan ‘takut mati’ masih menjadi penghuni di lubuk hati, selagi itulah ia tidak akan menyelesaikan masalah diri yang tidak mengerti akan wujudnya Dunia Akhirat yang abadi.
Allah beri peringatan bahawa kehidupan dan kematian adalah ujian seperti Surah al-Mulk ayat 2.” Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”.
Maha Kaya Allah, menjadikan kepelbagaian pandang darat fizikal untuk kita syukuri dan membuat perbandinagan. Menelusuri beberapa jam di kawasan padang pasir yang tandus, sampai ke Wadi Musa dengan lembah yang kelihatan ada tumbuhan hijau dengan petempatan yang padat. Di sini terapat sebuah mata air yang dinamakan mata air Wadi Musa..MasyaAllah terdapat matair yang tidak pernah kering di permukaan tanah yang gersang. Pemandu pelancong, mengaitkan punca air yang terdapat di situ, merupakan salah satu daripada mata air yang besar yang tidak pernah kering daripada tongkat Nabi Musa. Katanya, air di situ, sumber air dari mata air tersebut, adalah yang kedua terbaik selepas air zam-zam di Mekah. Ye, banyak tong-tong kosong dijual di kedai-kedai persekitaran, di samping memang ada orang mengambilnya. Kawasan punca mata air telah dikonkrit, tetapi sebahagian bongkah batu asli tempat sumber air keluar dikekalkan.

"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" Al-Baqarah 60.

No comments: