Saturday, November 26, 2011

Meninjau PETRA antara tujuh lokasi keajaiban dunia


Tidak lengkap Lokasi Laut Mati yang disentuh dalam catatan sebelum ini tidak dikaitkan dengan Bangsa Rom atau Kerajaan Romawi, yang membina empayar agung dan mempelupori tamaddun sejarah sejak 753 Sebelum Masihi(BC). Surah ke 30 dalam Al-Quran menelusuri sejarah yang pastinya tepat dan wajib diyakini kerana ayat-ayat dari Allah SWT. Apa yang dicatatkan dalam Al-Quran semasa ia diturunkan selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari pada situasi terdahulu, semasa dan akan datang mengenai Kerajaan Romawi dan semua aspek yang lain adalah sahih belaka. Bangsa Romawi yang menganuti pelbagai agama pagan, didakwah menyembah Allah( Kitab Injil)) semasa Nabi Isa,khususnya di Romawi Barat. Romawi Timur berbangsa Persia yang dikenali juga sebagai Kerajaan Byzantium berpusat di Constantinopl ( kemudian dikenali Islambol -> Istanbul) kebanyakannya menyembah api.


Sehingga kedatangan Islam, dua empayar ini sentiasa berperang. Surah Ar-Rum -Ayat Kedua dan Ketiga bermaksud “Telah dikalahkan bangsa Rum, di bumi paling rendah, dan mereka sesudah kekalahan itu akan menang” “Adnal Ardh” ditafsirkan sebagai Bumi Paling Rendah yang merujuk kepada Laut Mati. Selepas Tujuh Tahun ayat ini diturunkan, memang sesungguhnya benar seperti yang dicatatkan dalam Al-Quran, Kerajaan Romawi dapat mengalahkan Persia dalam peperangan berikutnya. MasyaAllah.. Mukjizat Al-Quran yang dikirimkan pada manusia, yang menjadi panduan menyelesaikan masalah manusia. Sewajarnya, perlu kita mentelaah, memahami dan mengamalkan segala suruhan dan tegahan daripada Pencipta kita – Allah SWT untuk kita menikmati kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat…Haiya nadrus lughatul arabiah lilnafhamu Al-Quranul Kareem, InsyaAllah.
Pengembaraan dan melihat tinggalan peradaban Romawi di Turki sebelum ini, dengan tinggalan yang terdapat di Petra Jordan, malah terdapat juga di Syria, menggambarkan betapa gahnya tamaddun Romawi pada zaman dahulu. Catatan wahyu Allah dalam Al-Quran berkaitan dengan pandang darat budaya ini seperti:


“ Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad? (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi; yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak), yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri, lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu, karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab” (al-Fajr 6-9.

"Kaum Tsamud dan 'Ad telah mendustakan hari kiamat.Kaum Tsamud,telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa (petir dan suaranya yang menghancurkan), sedangkan kaum 'Ad telah dibinasakan dengan angin kencang yang sangat dingin. Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari secara terus menerus, maka kamu lihat kaum 'Ad ketika itu, mati bergelimpangan bagaikan tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk)" (QS Al-Haaqqah (69): 4-7).



Dikisahkan dalam Al-Qur’an, pada zamannya, kaum Tsamud memiliki pakar arkitek yang luar biasa. Nabi Salleh, nabi kelima dari 25 nabi dan rasul yang tertulis, diutus Allah SWT, mengajak mereka untuk bertauhid kepada Allah SWT.
Namun, kaum Tsamud tidak menerima Nabi Salleh begitu saja. Mereka minta ditunjukkan satu mukjizat sebagai bukti bahawa Nabi Salleh adalah utusan Allah. Di luar batas kewajaran manusia, mereka meminta seekor unta betina keluar dari celah batu. Nabi Salleh pun berdoa meminta kepada Yang Maha Kuasa. Doanya dikabulkan, dan keluarlah seekor unta betina dari celah batu besar. Dia berpesan kepada umatnya, agar jangan sampai menyakiti unta tersebut, apalagi membunuhnya. Allah akan menyapu bersih, kalau sampai unta tersebut dibunuh. Kaum Tsamud akhirnya sepakat menjadi umat Nabi Salleh. Setelah beberapa lama, salah seorang umatnya kemudian mengingkari dan nekad membunuh unta tersebut. ( Ada riwayat mengaitkan dengan peranan wanita menjadi master mind keingkaran ini).Nabi Salleh amat marah. Dia tahu, azab Allah akan datang dan menghapuskan kaumnya. Kerana, “mukjizat unta” hanyalah simbol kepatuhan kaum Tsamud kepada Allah. Setelah kejadian tersebut, kaum Tsamud masih menentang Nabi Salleh, lantaran nyata azab tidak melanda mereka semerta.Sesungguhnya Allah itu maha Berkuasa, Azab Allah ditimpakan segera kepada umat terdahulu. Tanpa diduga, tanpa disangka angin puting beliung dengan suhu udara yang sangat dingin menyelimuti kaum Tsamud, diiringi dengan gempa dahsyat. Akhirnya, kaum Tsamud tenggelam ditelan bumi. Yang tertinggal hanya beberapa rumah dan istana gunung batu sebagai hasil karya mereka dan juga sebagai peringatan kepada kita.
Foto –foto sekitar PETRA adalah bukti azab dari Allah kepada kaum yang menzalimi diri mereka sendiri. Kawasan PETRA Jordan diiktiraf sebagai salah satu daripada keajaiban dunia oleh UNESCO PBB.
Peruntukan diperolehi untuk membangunkan kawasan ini. Tinjauan penulis di kawasan ini, menunjukkan dengan jelas, bahawa projek pembangunan sedang berjalan.Semasa lawatan, menggambarkan Prasarana kawasan sekitar Petra masih mundur, Toiletnya masih baru dibuka.
Semoga sebuah musolla atau masjid perlu didirikan di kawasan berhampiran untuk kemudahan pelawat atau penduduk tempatan mendirikan sembahyang.
Harga Tiket yang mahal dikenakan kepada pelancong asing, mungkin untuk membiayai dan membaik pulih kawasan PETRA sebagai pusat pelancongan. Tiket berharga 90 Dinar (RM 400) atau 50 Dinar (RM250) jika berada di Jordan melebihi tiga hari, bagi penulis, ia adalah harga terlalu mahal…tidak berbaloi untuk membuang masa menjelajahi kawasan yang dimurkai!!! Lihatlah kaunter tiket, masih lagi belum dibangunkan – masih lagi menggunakan kabin.

No comments: