Saturday, November 12, 2011
SEPETANG DI WADI RUM
Wadi Rum (وادي رم) , yang terletak kira-kira 60km di timur Aqaba. Ia, dikenali juga dengan nama Wadi Al Qamar atau The Valley of the Moon. Wadi di kawasan gurun merupakan lembah kering, yang boleh dikatakan tempat berpenghuni, kerana ada sumber air dan tumbuhan.
Wadi Rum merupakan wadi yang terbesar di Jordan. Kedapatan gunung tertinggi melebihi 1,800 m dari paras laut dikenali sebagai Um Dami. Kawasan persekitaran Gurun gersang yang tandus seperti inilah tempat wahyu diturunkan dengan gambaran balasan syurga dengan air yang mengalir di bawahnya, menunjukkan betapa nikmatnya kita mendiami bumi Malaysia yang begitu banyak air mengalir dan menghijau dengan tumbuhan-tumbuhan yang malar hijau.
Alhamdulillah.…MasyaAllah, Allah Maha Besar mengizinkan penulis berada dalam landskap fizikal gurun yang tandus ini, dapat menelusuri gambaran masyarakat yang hidup begitu perit akibat kepanasan atau kesejukan, kekeringan dan kekurangan air….namun rezeki daripada Allah..kelangsungan hidup dapat diteruskan zaman berzaman.
Tidak ketinggalan di Wadi Rum Terdapat petempatan penduduk Badwi yang dapat disamakan dengan perkampungan pedalaman di negara kita.
Mereka perlu bersyukur dengan peluang pekerjaan akibat tarikan pelancong yang berkunjung di wadi ini. Aktiviti Pelancongan dengan jeep safari, trekking padang pasir, menunggang kuda atau unta, eco-trekking, bermalam di pusat-pusat perkhemahan, semestinya memberi peluang pekerjaan dan pendapatan lumayan kepada mereka.
..Bersyukurlah dan sujudlah kepada Pencipta yang menjadikan kita dari tiada kepada ada…dan dengan rezeki yang dianugerahiNYA di mana sahaja jika kita berusaha.. Adakah tuntutan ini dilaksanakan???jawapannya, boleh didapati banyak penegasan dalam Al-Quran bahawa penghuni syurga itu banyak dihuni oleh orang terdahulu dan sedikit sahaja dari golongan kini…Itulah realitinya…manusia pada akhir zaman, seperti buih di lautan, terhumban ke sana ke mari tanpa ada pemegang.
Sepetang berada di Wadi Rum, sebahagian malam berada di camp kunjungan/pelancongan dapat melihat pelbagai gelagat manusia, yang mengikut nama adalah beragama Islam. Membayar sendiri tiket untuk menjelajah padang pasir sekitar wadi rum dengan Jeep adalah pengalaman Indah dan manis yang dapat dirakam. Diajak memasuki gua-gua kecil digurun, ditunjukkan sumber mata air dari celah-celah batu, MasyaAllah.
Malangnya aktiviti mendaki dune//bukit pasir yang halus dan amat bersih, terpaksa mengorbankan kamera. ..dimasuki pasir sehingga ia tidak berfungsi….banyak foto tidak dapat diabadikan selepas itu. Menikmati betapa indahnya matahari terbenam di ufuk barat dari celah-celah dune pasir, menginsafi betapa Maha Kuasa dan Hebatnya Allah mencipta alam semesti ini.
Rombongan bas kami ditempatkan di camp di kaki bukit berbentuk cendawan, disediakan ruang untuk berhibur, menikmati cerut Arab berair dengan sajian makanan Arab, namun tiada tempat sembahyang.
Waktu senja hingga malam, dipenuhi dengan muzik dan dendangan lagu-lagu yang membingitkan…tiada laungan azan dibuat….namun Beramai-ramai pula menari di tengah gelanggang mengikut alunan muzik…Penulis @famili tidak dapat berbuat apa-apa, terpaksa ikut rombongan…dan terpaksa.mencari tempat solat di celah-celah bas, untuk mengelakkan hembusan bayu yang agak kencang..Langit cerah, angkasa terbentang luas, terpaksa meninggalkan Wadi Rum tanpa lambaian bintang-bintang!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment