Saturday, December 10, 2011

Jalan-jalan di sekitar kota Irbid…lambaian dari jauh Negara Syria.

Tuntutan Al-Quran yang perlu bersama hayati, dalam hidup bermuamalah..seperti maksud: Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At Taubah :20). Ziarah terakhir di kota Irbid, ibu Negara kedua terbesar selepas Bandaraya Amman di Jordan, dapat melihat pelbagai aktiviti ekonomi khususnya perniagaan. Bandar pendidikan ini merupakan Bandar pendidikan yang menjadi tumpuan ramai pelajar antara bangsa di sini. JUST(Jordan University of Science and Technology) sebuah university berasaskan sains dan teknologi,merupakan pilihan pelajar dalam bidang perubatan. Sebuah lagi universiti terkemuka di Irbid ialah Universiti Yarmouk. Ziarah ke sini sebenarnya untuk menziarahi anakanda yang belajar di JUST Universiti sejak lebih empat tahun yang lalu. Foto-foto yang dipaparkan untuk slot kali ini, adalah rakaman foto-foto di sekitar Irbid. Negara Syria yang bersempadan dengan Jordan, terpapar papan tanda jarak ke Negara Syria, hanya kira-kira 30 km dari Bandar Irbid. Impian untuk jaulah ke Syria, tempat kelahiran Imam Nawawi yang yang masyhor itu, terpaksa ditangguhkan kerana Negara itu sedang bergolak…. Tempias kebangkitan rakyat dari revolusi kebangkitan rakyat di Negara-negara seperti Yaman, Libya, Mesir telah menular ke nagara Syria. Setelah kira-kira lapan bulan, kembali dari ziarah Jordan ..Negara Syria masih bergolak, malah semakin teruk.



Senario yang paling menghairankan ialah berlaku pertembungan hebat antara pihak pemimpin dan rakyatnya.. gambar-gambar yang dipaparkan dalam berita-berita dunia menunjukkan kezalamin pihak pemerintah yang menggunakan jentera berat dan mengerahkan pasukan ketenteraan secara besar-besaran untuk menghapuskan penentang, pemberontak dan rakyatnya sendiri.
Konkulusi yang yang dapat dirumuskan, dari peristiwa revolusi kebangkitan rakyat Syria yang menentang regim monarki pemerintah mereka sendiri ialah:
Kezaliman pihak pemerintah terhadap penentang rakyatnya sendiri, dengan pembunuhan dengan kejam, penyeksaan, pemenjaraan penunjuk perasaan adalah sesuatu yang dahsyat dan di luar dugaan. Data yang di perolehi sejak kebangkitan rakyat sejak lapan bulan lalu sehingga hari ini telah mengorbankan 8,500 orang syahid. Berita yang menyayat hati ialah sebuah hospital yang di bom sehingga mengorbankan 19 orang doktor dan 40 orang pesakit yang tidak berdosa. 39,000 orang cedera, 180,000 orang tahanan yang diseksa dengan teruk sehingga 413 orang terkorban. Mengapakah tragedi ini berlaku?. Logiknya, sudah tentu boleh dijawab sendiri…iaitu pihak pemerintah mahu mempertahankan kedudukan kuasanya, takhtanya, keluarganya, kekayaannya dan keseronakan di dunia fotomargana ini… dan yang paling menonjol sudah pasti akhlak, syahsiah atau pegangan agama pemerintah mereka tidak disukai oleh rakyat jelata.
Berita dunia, melaporkan Negara-negara yang menyokong dan membantu pemerintahan Syria adalah Negara Lubnan dan Iran sahaja, manakala negara-negara Asia Barat yang lain tidak menyokong, malah bersetuju untuk mengadakan sekatan ekonomi terhadap Syria.Siapakah dan pegangan kepercayaan agama apakah yang dianuti oleh pemimpin dan rakyat di kedua –dua negara tersebut? Umum mengetahui …ISLam syiah. … Secara logik sahabat paling karib sahaja yang akan menolong saudaranya!!!. Analogi yang berlaku di Syria ialah pertentangan antara pemerintah dan rakyat yang tidak sealiran akidah dan kepercayaan agama. Pertembungan antara fahaman syiah dan sunnah wal jamaaah ???... Sifat kepura-puraan yang digalakkan dalam anutan syiah terbongkar apabila penentangan hebat dan zalim antara domain pegangan syiah dalam kepimpinan negara dengan rakyat jelata yang majoriti berpegang kepada sunnah wal jamaah. Intuasi penulis dapat mengatakan bahawa cetusan gelora pertembungan antara dua fahaman pegangan agama Islam, ini adalah kesinambungan bunga-bunga gelora yang telah berlaku, sejak kelahiran negara Islam Madinah sehingga kini dan besar kemungkinan akan berterusan berlaku pertembungan yang lebih besar di Negara-negara Asia Barat dan di negara-negara Islam yang lain pada masa hadapan. Sejak Revolusi Iran, fahaman syiah telah menular di kebanyakan negara Islam. Negara-negara Islam sendiri pula asyik membentaras fahaman yang dikatakan ekstrimis seperti wahabi, manakala fahaman syiah yang dikatakan menyeleweng dari segi akidah berkembang berluasa.
Lagenda Singapura di langgar todak, diriwayatkan.... penguasa mengarahkan membunuh Hang Nadim seorang kanak-kanak pintar yang menganjurkan pertahanan dilanggar todak dengan batang pisang berbanding tubuh manusia menjadi benteng, menjadi ketakutan kepada sang penguasa. Khuatir dengan kepintaran anak kecil ini yang boleh mengancam kuasa pemerintah pada masa akan datang, lalu anak yang tidak berdosa ini dibunuh. Cetusan demonstrasi besar-besar di Syria, dikatakan bermula dengan tindakan juvana anak-anak kecil bersekolah rendah yang mencoteng dinding & tembok yang mencatatkan kebencian kepada pemerintah dengan tulisan ` regim ini akan ditumbangkan`. Anak-anak ini dipenjara dan diseksa dengan kuku-kuku mereka dicabut.. Rayuan ibu bapa agar anak-anak mereka dibebaskan ..dibalas dengan jawapan pihak berkausa dengan angkuh,sombong dan bersifat kebinatangan ...supaya melupakan sahaja, dan pihak mereka boleh menghadiahkan anak-anak baru kepada mereka dengan menyerahkan isteri-isteri mereka... Nauzubillah min zalik, hanya mereka yang tidak beragama yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Vedio yang berkaitan dengan kekejaman iini, dapat dilihat dengan jelas, bahawa pihak berkuasa tentera terus mendera, menyeksa dan membunuh rakyat yang tidak menukar syahadah menggantikan Muhammad Rasullah dengan raja mereka sebagai rasullah. Kesimpulan perebakan demonstrasi berterusan rakyat Syria adalah penentangan terhadap pemerintah yang tidak menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai landasan. Di manakah kedudukan kita? Patutkah kita sebagai seorang Islam berdiam diri, apabila agama dipermain dan diperkotakkatikkan?.. berdoalah dan menyumbanglah agar insan seakidah kita akan terus sabar dan istiqamah menentang kezaliman dan penyelewangan agama di mana sahaja di muka bumi ini.

No comments: