Tazkirah atau peringatan diberikan kepada diri sendiri dan rakan-rakan tentang peranan dan tanggung jawab kita sebagai khalifah dan hamba Allah walau di mana sahaja kita berada. Rasa syukur yang
tidak terhingga atas rezeki serta ruang dan peluang-Nya jua yang mengizinkan kami warga TKB dapat berhimpun di pulau Lagenda bagi mengukuhkan ukhuwah untuk kerja sepasukan yang utuh dan mantap. Aktiviti kumpulan secara tersirat dan tersurat meninggalkan kesan yang mendalam tentang pentingnya menjaga nama baik institusi yang memberikan kita peluang mencari rezeki dan berbakti, beramal jariah dan berbudi untuk bersama melahirkan ins
an rabbani yang soleh wa musleh. Kesempatan berziarah di lokasi menarik di keliling Pulau Lagenda Langkawi, mengukuhkan ikatan ukhuwah di kalangan warga kerja Tadika Khalifah Bestari. Hadiah jaulah dengan menaiki pesawat udara, kos lodging dan lawatan yang melibatkan kos hampir puluhan ribu ini, semoga menatijahkan kenikmatan, keberakahan, kemakmuran dan keharmonian yang tidak ternilai harganya daripada Allah SWT. "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh".. Al-Quran Surah Ash-Shaff :6

No comments:
Post a Comment