Monday, July 11, 2011

Pertembungan IMAN dan NAFSU


Penyucian jiwa di tanah suci Makkah Al Mukarramah dalam ziarah umrah sebagai contoh, memerlukan kekuatan spiritual keimanan untuk menghadapi rasukan syaitan dan hawa nafsu. Rugilah tujuan jihad murni untuk penyucian jiwa , dikuasai oleh hawa nafsu, sehingga masa emas untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah, tidak dapat dipenuhi seratus peratus, akibat jiwa dinodai oleh hawa nafsu. Nafsu dan iman ini sering berlaku pertembungan dan pertentangan dalam mempengaruhi hati. Yang kuat akan jadi pemenang dan menentukan sesuatu keputusan.






Akhir Jun sebagai contoh di Mekah & Madinah, suhu waktu zohor boleh mencecah sehingga 45 -50 darjah Celsius. Matahari membahang, hawa kering dan berpinar. Ketika ini jika akal dan nafsu mempengaruhi diri menginginkan kita tidur, berehat, bermalas-malasan di bilik hotel berhawa dingin daripada meredah cuaca yang panas.
Sebaliknya ...akal dan iman kita mengatakan kita perlu ke masjid kerana inginkan pahala beriktikaf, mengaji atau menghafal Al-Quran, memperbanyakkan zikirullah dan sembahyang-sembahyang/tawaf sunat; Di sinilah Berlaku pertembungan perasaan antara Iman dan hawa nafsu, mana yang lebih kuat akan menang dalam pertembungan ini....dan seterusnya keputusan akan diambil!

Begitu juga bila kita perlu bangun untuk solat subuh; Di Madinah pada pukul 3.30 pagi, manakala di Mekah pukul 4.10 pagi, hawa nafsu menginginkan kita terus tidur kerana mata mengantuk.....tapi bila motivasi iman pada Allah menguasai hati...... menyebabkan kita akan bingkas bangun dan terus ke masjid, walaupun perlu berjalan kaki jauh untuk melaksanakan solat tersebut.


Nikmat hidayah perlu dicari, Motivasi diri perlu disuburkan dalam diri supaya ia dapat mempengaruhi nafsu kita dalam membuat keputusan! Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w bahawa Iman tercabut dari jiwa ketika sesaorang itu melakukan maksiat; pada ketika ini hawa nafsu telah menang dan menguasai diri, iman dalam hatinya telah kalah dan hilang!


Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa tingkat ketaatan dan amal baik yang dilakukan menunjukkan kadar iman dalam jiwa. Bila sesaorang itu bersikap teguh dan istiqamah dalam amal baiknya, ia merupakan bukti atas kuatnya iman yang dimiliki. Sebaliknya bila sesaorang itu lalai dan sering melakukan maksiat menunjukkan kuatnya hawa nafsu dan lemahnya iman dijiwa.

SIAPA kita?....di tahap mana iman dijiwa? Yang pasti kita perlu perbaiki diri dengan menundukkan hawa nafsu dengan iman. Perlu cari jalan-jalan untuk suburkan iman dijiwa. Nyahusir hawa nafsu yang sifatnya sentiasa mengajak kita kearah kejahatan.

Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan . Sesungguhnya beroleh kemenanganlah mereka yang menyucikan jiwanya dan beroleh kerugianlah mereka yang mengotorkannya . Surah Asy Syams : Ayat 7 – 10
..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."

Monday, July 4, 2011

SUJUD ARAH KAABAH dari PELBAGAI ARAH


Pada 9 -18 Jun 2011- ALHAMDULILLAH , dapat sekali lagi menziarahi satu-satunya di dunia tempat barakah ini. Lingkaran bulatan dari pelbagai sisi kaabah samada sisi timur, sisi barat, sisi utara dan selatan di Masjidil Haram, semuanya sujud ke satu arah kiblat iaitu KAABAH. Dalam beberapa saat sahaja Panggilan azan setiap waktu solat dipatuhi, dengan membentuk barisan lurus (sof solat) mengelilingi kaabah. . Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah, solat mesti menghadap ke arahnya. IA hanya merupakan titik rujukan untuk solat.. Kaabah atau kandungannya, BUKANLAH yang disembah. MasyaAllah,melalui kesatuan hati, kesatuan aqidah, kesatuan kepercayaan jutaan manusia akur dan patuh kepada Tuhannya untuk menyatakan ubudiah kepada Allah SWT yang Maha Esa.

Fenomena ini tidak terdapat dalam mana-mana agama di atas muka bumi ini. ISLAM agama sejahtera untuk kebahagian dan keselamatan di dunia dan akhirat, rugilah bagi rakan-rakan yang bukan seagama yang mengengkarinya.
Satu realiti...benar-benar terjadi, di Masjidil Haram, seorang Hamba Allah senegara dan senegeri yang dalam kesebakan air mata dan kebingungan kerana kepanikan tidak dapat memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap persoalan dan hujah isterinya(saudara baru) yang menyamakan orang Islam menyembah batu/berhala seperti agama beliau yang terdahulu. Alhamdulillah, sang suami dengan izin Allah memberikan tazkirah hampir dua jam, berhubung isu yang dipersoalkannya. Semoga kefahaman dan keimanannya dan kita semua tentang ISLAM terus meningkat. Diperturunkan ringkasan jawaban yang diberikan kepada beliau;


1. Kepatuhan Perintah Allah: supaya Solat mengarah ke Kiblat di Masjidil Haram
Surah Al-Baqarah 2:144 bermaksud :

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”
Surah Al-Baqarah 2:149 bermaksud :
“ Ke mana sahaja kamu berjalan, maka hadapkanlah mukamu ke Masjidil Haram(Kaabah). Sesungguhnya yang demkian itu suatu kebenaran dari Tuhanmu. Dan Allah tidak lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan” Penegasan yang sama seperti maksud ayat 150 berikutnya.
2. Islam agama kesatuan. SATU Aqidah SATU arah dan tujuan
Inilah yang uniknya, umat Islam disatukan dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada di dunia ini, disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Berbeda dengan agama lain, mereka mengadap di mana patung sembahan mereka di tempatkan.
3. Penetapan Allah, memilih Mekah sebagai letakan Kaabah, hanya Allah sahaja yang mengetahui, tetapi bukti saintifik menunjukkan bahawa Mekah adalah PUSAT BUMI. Mekah berada di tengah-tengah bumi, dan juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ bererti ibu bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".
Kajian saintifik dan ilmiah, kajian setelit dan lain-lain menemui dan membuktikan. Kaabah terletak di Tengah Peta Dunia.


4. Pengalaman sendiri, atau mungkin juga pengalaman bagi mereka yang pernah Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan terasa ada daya tarikan untuk berjalan mengelilingi semakin hampir, semakin hampir ke Kaabah . Ini menunjukkan bahawa kaabah adalah satu poin pusat di muka bumi ini.Ada juga yang mengatakan bahawa perbuatan tawaf ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat. Maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.

5. Hadis sahih yang menekankan bukan batu yang disembah
Menurut sahih Bukhari, jilid 2, Kitab Haji, Bab 56, H.No. 675, Umar (r.a.) berkata, “Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi (S.A.W.) menyentuh (dan mencium) kamu, aku tidak akan melakukannya”



6. Kabah di masuki, dibersihkan dan pernah di jadikan tempat melaungkan azan
Keseluruhan kaabah sentiasa dibersihkan, malah Semasa zaman Nabi, ada orang yang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Malah sejadah yang mempunyai gambar kaabah pun ada yang diduduki dan dipijaki. Persoalannya, bagi penganut yang menyembah bahan yang disembah, ia dianggap suci, adalah tidak mungkin bahawa benda yang disembah dipijak-pijak. Sekali lagi ditekankan kaabah, bukanlah benda yang disembah, tetapi ia hanyalah poin arah kesatuan untuk menyembah Allah yang satu. Kaabah adalah rumah Allah? Maknanya ialah bukan Allah tinggal di situ, kerana Allah berada di mana-mana. Anologi menonton TV, sebenarnya kita lihat TV tetapi event yang berlaku adalah di tempat lain. Mungkinkah padang bola yang luas itu berada dalam TV? Setiap individu/kita mesti sentiasa meningkatkan diri dengan kualiti keimanan dan ketaqwaan..untuk beribadah, adakah kita sampai ke tingkat EHSAN, yang meyakini bahawa setiap ibadah atau apa sahaja yang kita lakukan, kita merasakan bahawa Allah SWT sentiasa melihat kita. Adakah kita sampai ke tingkat orang Mukhlasin, yang sentiasa ikhlas kerana Allah dalam pengisian semua gerakerja kehidupan kita sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi ini ??. JOM bersama kita berdoa, berusaha mencari ilmu serta hidayah untuk dilorongkan ke arah peningkatan kualiti diri menjadi orang mukhlasin.
Pertanyaan hambaNya, tentang di mana Allah? Allah memberi jawapan:

"Dan apabila hamba-hamba–Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran " (Qs Al Baqarah, 2 : 186)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya (Qs Al Qaaf:16)

Thursday, June 30, 2011

AMBIL PELUANG MEMINUM AIR ZAM-ZAM SEPUAS-PUASNYA.



Adalah menyedihkan dan merugikan apabila kita berada di dua tanah suci Makkah al Mukarramah dan di Madinah al Munawarah, masih membeli dan meminum air mineral/botol semasa di bilik atau hotel tumpangan atau semasa menjamu selera dan melakukan ziarah di kawasan sekitar, walhal air yang penuh barakah “zam-zam boleh didapati dengan mudah dan percuma. Zam-zam adalah satu lagi daya tarikan untuk manusia berbondog-bondong datang ke kedua tanah suci ini, untuk melihat keajaibannya,seterusnya mereka diberi hidayah memeluk Islam. Mengepos 10 litre air ini ke tanah air, dikenakan charge sebanyak RS 140.
Air zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Timur dan Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.” Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah). Jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.Oleh itu disarankan juga, kita berdoa selain untuk kebahgian dunia-akhirat, memberikan kita keupayaan bersama untuk membantu menengakkan syariat Allah di muka bumi ini,
Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah).Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita .Air zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik. Penelitian Dr. Masaru Emoto telah menunjukkan bahwa air Zamzam memiliki molekul air paling cantik dan indah di antara air lainnya.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para penziarah yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Keistimewaan lain ialah walaupun ia terbit di kawasan poros, gersang, padang pasir yang tandus, kawasan tadahan hujan yang sempit, namun zam-zam tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

: “Ada beberapa adab apabila minum air zamzam seperti menghadap kiblat, menyebut nama Allah dan bernafas di dalam bekas minuman kemudian baru meneguknyai sambil membaca pujian terhadap Allah. Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.

Monday, June 27, 2011

Bersama menyokong Arabia Standard Time,menggantikan Greenwich Mean Time








Mengembalikan rujukan jam dan rujukan tarikh antarabangsa ke Mekah al Mukarramah – kota suci Islam setelah lebih 125 tahun dirampas dan dipindahkan ke Greenwich London oleh orentalis kapitalis, perlu disokong oleh semua umat Islam.
Menara jam mempunyai ketinggian 622 meter dan puncak menara tersebut dibuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.Ia merupakan sebahagian dari tujuh menara hotel mewah Abraj Al-Bait, kompleks pentadbiran dan kompleks perumahan yang dibangun oleh kelompok konstruksion Saudi Bin Laden dan terletak di seberang Masjid Agung Mekah Merupakan bangunan tertinggi kedua( 577 Meter) di dunia di belakang Burj Khalifa (828 meter) dengan mengatasi menara Taipei 101 (509 meter)). Menara jam raksasa, diberi nama Mecca Royal Clock Tower telah direka oleh syarikat dari Jerman, mempunyai 4 pandangan sisi seluas 46 meter dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram. Jam besar Diraja Mekah itu dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari.Jam tertinggi di dunia ini telah mula berdetik pada 1 Ramadhan, 11 Ogos 2010.. Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Tujuh kompleks hotel bernilai 3 milyar dollar ini akan memiliki 3,000 kamar dan suite, yang sebagian besar menghadap ke Masjidil Haram. Sebagai tambahan, Abraj Al-Bait akan memiliki shopping mall 4 tingkat dan kawasan parking yang dapat menampung ribuan kenderaan. Menara jam Mekkah juga akan memuatkan sebuah museum Islam dan tempat pencerapan astronomi yang dapat digunakan untuk tujuan ilmiah dan keagamaan.
Resolusi Qatar dalam Konferens ilmiah ilmuwan Islam(2008) yang dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi itu bertajuk: ”Makkah Sebagai Pusat Bumi, Antara Praktik dan Teori”.- mendiskusikan pengalihan perhitungan waktu Greenwich Mean Time (GMT) di London kepada Makkah sebagai awal mula perhitungan waktu. Makkah berada di titik lintang yang selari lurus dengan titik magnetik di Kutub Utara. Keadaan ini tak dimiliki oleh kota-kota lain didunia, bahkan tidak juga di Greenwich yang ditetapkan sebagai meridian nol. Ulama Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradawy, mengatakan sangat wajar, jika Makkah ditetapkan sebagai titik nol meridian, menggantikan Greenwich. Sains modern akhirnya menunjukkan bukti bahwa Mekah berada di pusat bumi yang sebenarnya(zero magnetism area), yang sekaligus merupakan bukti tentang keagungan arah Kiblat.

Sunday, June 26, 2011

BERBONDONG-BONDONG AKAN MASUK AGAMA ALLAH.




“ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenagan, dan engkau lihat manusia masuk ke dalam Agama Allah dengan berbondong-bondong (Surah an-Nashr (ayat 1 -2)’”
"Subhanallah - Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, dalam misi ziarah umrah pada 6 -18 Jun 2011 yang lalu, saya terfikir kebesaran dan anugerah Allah yang memberikan ilham, kepakaran dan ilmu kepada manusia untuk membina bangunan pencakar langit yang gah berdiri dengan tersergam indah. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. Ternyata sejak kerasulan junjungan Nabi besar Muhammad SAW, bermulalah agama Allah berkembang di muka bumi. Negara Islam Madinah yang unggul adalah petunjukdan contoh untuk mengurus alam dan manusia demi mencari kebahagian duniawi dan ukhrawi.
Itulah sunahtullah, anugerah ilmu dan kepakaran – dan dengan Kehendak Allah jua, padang yang gersang dan tandus bertukar menjadi hijau dan subur dan setiap hari semakin meluas untuk bekalan makanan, seiring dengan pertambahan penduduk dunia. Guna tanah yang semakin mahal dan sempit, dengan izin Allah jua terbina petempatan/bangunan mencakar langit. Inilah juga petanda bahawa masa berlalu cepat, menyebabkan usia kehidupan dan alam semakin tua seiring dengan destinasi akhir sunahtullah di alam fana ini ….KIAMAT. Banyak tulisan yang mengungkapkan kenyataan ` Pembinaan Menara Jam DiRaja Mekah: Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah`selari dengan Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-bangga menegak dan meninggikan bangunan. Hari Kiamat adalah perkara ghaib yang wajib diimani dan kita mesti bersedia dengan RTD ( road to die) .
Pandangan peribadi - pembangunan kota Mekah yang moden dan terancang, pengurusan persekitaran dan manusia yang bersih dan lestari, InsyaAllah akan menarik berbondong-bondong manusia berkunjung ke Tanah Suci…mungkin bermula dengan pelancongan Jasmani, niat yang suci untuk melihat tanah barakah, tanah haram yang mulia, tempat doa mustajab…ia merupakan satu pencarian yang melorongkan hidayah untuk pelancongan/ziarah ibadah dan rohaniah. Membuka hati bukan Islam untuk melihat sendiri `Tanah Barakah` ini dengan memulakannya terlebih dahulu mengungkapkan `syahadah` Tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Sunday, June 5, 2011

Saturday, June 4, 2011

SEMOGA gambaran ini menjadi KENYATAAN


KUTINGGALKAN gambaran arketik ini, agar menjadi kenyataan. Harapan, jika dipanjangkan umur, aku akan dapat menjengahnya kembali selepas bermusafir selama tiga minggu nanti INYAALLAH


















Dedikasi khas untuk urusetia MASMA
Yang mempengerusikan mensyuarat
Yang mengarahkan tindakan

Yang menetapkan lokasi strategi
Yang mahukan duduk selesa

Yang memastikan operasi lancar
Yang meletakkan agenda tepat waktu

Yang memastikan persembahan bersemi
Yang mahukan penyampaian menyentuh hati

Yang mempromosi seranta pelusuk negeri
Yang gigih berusaha agar kantung diisi

Yang mengarang agenda majlis sensasi
Yang mengatur protokol serasi dipenuhi

Yang memesan juadah santapan
Yang mencari tajaan jualan & iklan

Yang menyedia buku & montaj bingkisan
Yang merekod & mencatat dokumentasi ingatan

Yang menempah & menyusun peralatan
Yang membayar sewaan dan perkhidmatan

Yang menyokong dan menyumbang
Yang bertemu dan yang khusus datang

Terima kasih kerana bersusah payah
Hanya Allah membalas dan memberi barakah, InsyaAllah

(copy dari catatan mama/tokma blog)