Saturday, December 20, 2008

Menempah Maut di Depan Mata.

Malam minggu 20 Disember 2008 yang akan ditinggalkan sebagai sejarah beberapa hari lagi sebelum tahun 2009 menjelma, melakar kenangan yang mengerikan. Malam libur ini,kelihatan begitu sesak dengan manusia, terutama di pasar malam BBB, pasaraya dan restoren. Dijalan raya bertali arus dengan kenderaan-kenderaan yang bergerak laju. Di simpang-simpang jalan yang ada ada lampu isyarat berderet panjang dengan kenderaan... Kelisa hijau kami yang setia, sentiasa dipandu berawas dalam perjalanan pulang dari merarau malam nasi goreng sea food dan ais wortel?? Sungguh setia ia, kerana patuh berhenti di hadapan lampu merah di simpang jalan.

Remaja bersimpang siur dengan kenderaan motor mereka tanpa arah tujuan dan mungkin juga di bawah sedar.Seorang remaja belasan tahun yang bermotosikal itu datang dari arah yang sama dengan kelisa 'menonong'( dielek cenor)laju tanpa henti terus membelok ke arah kanan menuju Tasik Cempaka di persimpangan empat berlampu isyarat tersebut.Malapetaka berlaku,Pertembungan hebat antara sebuah kereta 4WD bertrak Ford/Toyota (tak pasti, kerana gelap)yang meluncur laju (walaupun pemandunya cuba membrek) dari arah Kajang merempuh kuat motorsikal yang dipandu menonong tersebut. Apalagi..tidak dapat dibayangkan kengeriannya, remaja tersebut melambung ke atas,kemudian jatuh terhempas ke jalan semula, motosikalnya ranap sama sekali terperosok di bawah kereta. Samar-samar dalam kegelapan malam, nampak remaja tersebut bangun terhoyong-hayang dan rebah semula di bahu pembahagi jalan...Wallahua'lam apa yang berlaku berikutnya, kerana lampu isyarat hijau memaksa kelisa yang berada di hadapan sekali untuk meneruskan perjalanan. Jelas sekali remaja penunggang motosikal itu yang bersalah kerana sengaja menempah maut tanpa menghiraukan lampu isyarat. Beberapa jam berlalu petang tadi,selepas mencatat misteri di alam kubur, menyebabkan imiginasi terbayang, jika remaja tadi berpindah alam, di manakah ia akan diletakkan, di taman syurga atau di ambang n...Semoga yang baik-baik belaka yang akan terjadi kepada kita dan juga remaja tersebut InsyaAllah.

2 comments:

ssalmi said...

He,he! nak tahu, malamnya papa mengigau sakan...seram pulak

naadherah said...

buat mimi takut pulak nak ambil lesen kerete..