Saturday, November 12, 2011

Lawatan sekitar Aqaba …dan Usaha kecil – Impaknya besar

Menziarahi Kota Aqaba yang moden, bersifat international, di pinggir Teluk Aqaba, selatan Negara Jordan , menzahirkan rasa seolah-olah penulis bukan lagi berada di Negara Arab???

Tempat menginap di Hotel Golden Tulip, bagai sebuah hotel antara bangsa. Pamplet yang ada dibilik hotel, ada ditulis pelbagai bangsa Eropah, tetapi tiada pula dalam bahasa Inggeris.


Tiada gambaran landskap Kota Aqaba terletak di padang pasir. Hotel mewah di pinggir Teluk Aqaba, menggambarkan suasana mewah dengan hiasan bunga-bunga yang cantik. Teluk Aqaba yang kaya dengan sumber laut, menjadi tarikan untuk scuba dan di sediakan sebuah aquarium …agak kecil saiznya.


Deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barang sama sahaja seperti berada di Tanah air. Terdapat sebuah Mall China Town, yang menjual barang-barang yang agak murah dari China. Awas! Kalau ada masa untuk shopping…jalan-jalan dulu, harga berbeza dari satu stall dengan stall yang lain, malah lebih mahal dari barangan yang dijual di pasaraya yang berada di “Hall” yang sama.


Di seberang Teluk Aqaba ….nampak dengan jelas Negara Israel… projek perumahan dan perindustrian dengan sengaja rancak dibangunkan dengan rakus di atas darah dan air mata, penduduk peribumi Plestinian….. Satu lagi usaha kecil yang boleh kita mainkan ialah…. Marilah Bersama menggunakan dan menukar beberapa istilah yahudi kepada penggunaan yang tepat….terma/istilah-istilah itu disebarluas dan digunapakai oleh pelbagai media sebagai perang saraf untuk menghapuskan Plestinian di maya pada ini….

Middle East -> Islamic East;
The State of Israel -> The Jewish Entity;
Normalization -> Surrendering;
Palestinian Demands -> Palestinian Rights ;
Arabs of Israel -> Palestinians of 1948 Territories;
The land of Promise -> The Land of Palestine ;
Wailing Wall -> Buraq wall ;
Judah, Samariah and Galilie -> Occupied Palestine ;
Jewish Emigrants -> Jewish Occupiers ;
Israelis -> Jews ;
Palestinian Terrorism and Violence -> Jihad (Moslems Holy war), Resistance against Occupation ;
Palestinian Israeli Dispute -> Struggle With the Jews ;
An Arrested Palestinian -> A Palestinian Captive ;
Land for Peace ->surrender for Peace ;
Suicidal Operations -> Jihad Operations ;
Israeli Defense Forces -> Jewish Occupation Forces ;
Jewish Settlers - > Jewish Extortioners ;
Israeli Settlements -> Jewish Colonies ;
Temple Mountain -> The Mountain of Jerusalem ;
Temple of Solomon -> The Farthest mosque (Al-Aqsa) ;
City of David -> Honorable Jerusalem ;
Solomon’s Stables -> Marwanate Oratory ;
Holy of Holiest -> Rock Of Jerusalem ;
The Sacred Basin -> The Old Town ;
Greater Jerusalem -> Occupied Jerusalem ;
Jewish District -> Moors’ District and Honor District ;
The Great Crematory (Holocaust) -> The Myth of Nazi Crematory ;
The Israeli Keneset -> The Parliament of the Jewish Entity ;
Six Day War -> 1967 war ;
David’s Star -> The Hexagonal Star ;

Source : http://www.aqsaonline.info/Admin/pics/Jewish_Terms.doc

Sunday, October 9, 2011

SYABAS misi A2G2

Ole-ole misi A2G2 akhir Ramadhan 1432H DIPAPARKAN, Sebagai kesinambungan paparan sebelum ini.

Perjalanan menuju Aqaba di Barat Daya Jordan yang bersempadan dengan Negara Yahudi, membuak keinginan untuk menyeberangi ke Tebing Barat, wilayah yang dikuasai Fatah plestinian atau ke Gaza, wilayah yang dikuasai Plestanian Hamas.

Ingin sekali bersama penduduknya yang dikatakan berada dalam penjara terbuka yang terhimpit dan terspit...tetapi mempunyai kekuatan dan keazaman yang tidak pernah luntur seperti ungkapan mereka ini..... “Wahai saudaraku, kami tidak mahu air mata anda. Kami di sini tahu dan sedar bahawa apa jua yang kami miliki perlu digunakan untuk membayar harga suatu perjuangan, memelihara maruah umat. Kami akan tetap tabah dan meneruskan perjuangan ini. Berbuatlah sesuatu saudaraku. Gemblingkan kekuatan yang kamu miliki. Mari sama-sama teruskan perjuangan ini!”


YE MARILAH KITA SEMUA MENYOKONG MEREKA YANG TERPILIH UNTUK MENGHUNI BUMI JIHAD. . Hidup mereka sentiasa menuju kemenangan. Para syuhada’ yang meninggalkan mereka, semangat para ulama’ dan syuhada’ jelas menjadi inspirasi kehidupan para pemuda-pemudi untuk terus maju kehadapan, hidup berpandukan al-Qur’an . Mereka istiqamah mengimarahkan masjid-majid yang pada zahirnya belum kelihatan sempurna dibangunkan semula selepas serangan Zionis Israel.

Misi A2G2, mengumpamakan kehidupan mereka sebagai pasukan ‘bola sepak’ yang akan menawan keseluruh ‘padang permainan’- melalui hidup yang serba kepayahan, tetapi begitu tangkas dan cergas. Misi A2G2 berjaya membawa 1.5 juta ke sana. Usaha-usaha membangun sosio-ekonomi, begitu progresif. Setiap ringgit dan sen yang diberikan lebih setahun dahulu kini menatijahkan hasil usaha yang diluar dugaan. Ternakan lembu tenusu yag begitu berjaya menghasilkan hasil tenusu yang cukup lumayan, juga kilang roti bernilai RM630,000.00 yang telah beroperasi dengan cemerlangnya. Begitulah kehebatan rakyat Gaza di bumi Anbiya’ yang penuh keberkatan itu. Begitulah sedikit sedutan dari perkongsian dua anggota misi dari Johor iaitu Ustaz Hairozi dan Dr Mohd Zin di Kompleks IKRAM Johor pada Isnin malam 12 September 2011.














Misi A2G2 kali ini juga membawa Idea Rose2Rose. Ia merupakan gambaran sokongan dan dokongan perjuangan wanita kepada wanita yang sedang ditindas oleh Rejim Israel. Wanita di Palestin harus terus tabah. Mereka berperanan besar di dalam mendidik dan mendorong anak- anak agar terus tabah, cekal dan berani mengharungi hidup yang saban hari tertekan dan diancam oleh keganasan rejim Israel. Ibulah peniup semangat dan pembimbing anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila para bapa dan lelaki dewasa terkorban di dalam mempertahankan kedaulatan Palestin. Ibulah yang akan menjadi pemimpin keluarga.bunga rose, sebagai simbul kewanitaan yang sentiasa segar, mewangi dan berkembang.

>

Monday, August 8, 2011

CAKNA perjuangan Rakyat Palestin

Makanan yang barkah dari buah zaiton, memberi kesegaran kepada penduduk Palestin. Sebagai pengganti bekalan makanan lain yang amat kekurangan. Marilah bersama menghulurkan bantuan untuk mereka, khususnya dalam bulan yang barakah ini. Post kali ini, memuatkan permintaan aktivis AQSYA SYARIF untuk memanjangkan kepada mereka yang cakna/perihatin untuk membantu sesama insan yang amat memerlukan untuk kelangsungan hidup dan perjuangan membebaskan tanah air mereka yang terjajah oleh Israel dan sekutunya. Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.

“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)

“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)

“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).

Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:

”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

”Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.




Bersama Misi ke Gaza dalam bulan Ramadhan

Aqsa Syarif, NGO peneraju hal-ehwal Palestin di Malaysia, akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 20-28 Ogos ini. Misi ini dinamakan Aqsa2Gaza2 (A2G2), merupakan susulan kejayaan misi yang pertama iaitu "Break the Siege" (A2G). Tiga matlamat misi kali ini adalah:
• Menghantar 1000 beg sekolah bersama alat tulis. RM100 satu beg.
• Penerusan projek yg dikenalpasti; kilang roti, ternak lembu, iftar, keluarga miskin dan anak yatim
• Rose2rose, dari wanita utk wanita, iaitu penubuhan pusat komuniti utk pembangunan wanita.

Kenapa perlu tolong Palestinian?

Segala bentuk bantuan terhadap Palestin adalah untuk matlamat yang satu, iaitu membebaskan Masjid Al-Aqsa, tanah suci yang ketiga. Sama ada kita sumbang beg, buat kilang roti, taja anak yatim, dll, semuanya adalah untuk memperkasakan saudara kita di sana utk berjuang mendapatkan kembali tanah suci. Maka adalah wajib utk kita bersama mereka dgn menghulurkan bantuan semaksima yang mungkin. Membebaskan tanah suci, tanggungjawab siapa? Perihal tanah suci, adakah kita akan terlepas dari ditanya di padang mahsyar kelak?

Bagaimana nak membantu?•

Kemaskan pakaian, ucapkan selamat tinggal pada keluarga dan ayuh ke Palestin, atau
• Wakilkan diri korang dgn sumbangan, apatah lg dlm bulan Ramadhan ini. Berapakah sumbangan? Berapa sahaja pun boleh. At least kita ada jawapan apabila Allah tanya 'apa yg kita dah buat utk bebaskan tanah suci'
• Salurkan ke Aqsa Syarif Berhad. Maybank 5515 7500 4299 dan inform bila dah transfer utk recording.
Further info:
• Lampiran brosur dan keratan akhbar
• Facebook: aqsa syarif berhad
• Web: www.aqsasyarif.org.my
• A2G2 blog: http://aqsa2gaza2.blogspot.com/










JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN

Azmi Katiman
019-2716292
Urusetia pencarian RM satu juta untuk misi bantuan palestin

Wednesday, August 3, 2011

Kembara ke Aqaba Jordan - memahami sejarah @ waqi`




Bermusafir ke Wilayah Aqaba yang bersempadan dengan Mesir, Saudi Arabia, dan Israel di selatan Jordan,melalui pemeriksaan rapi di perjalanan, menyebabkan penulis ingin mengetahui sebabnya. Teluk Aqaba dan Sungai Jordan yang kedudukanya amat strategik dan bernilai dari segi sumberjayanya sudah pasti menyimpan banyak sejarah, di samping menjadi `rebutan`.
Saiz geografi Jordan adalah kecil berbanding dengan negara-negara Arab yang lain, namun sejak awal penubuhannya lagi Jordan tidak boleh dipisahkan dari konflik Israel-Palestin. Sehingga kini, samada secara langsung, ataupun tidak langsung, negara yang menempatkan lebih sejuta pelarian Palestin ini mempunyai peranannya sendiri di dalam percaturan masa depan konflik berkenaan.
Pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB.
Negara-negara Islam sekitar yang tidak bersatu, dan pemerintahan yang mementingkan kuasa dan keturunan menyebabkan ‘Palestin sebagai bumi syuhada dan jihad’ terus bergolak di samping memerlukan kecaknaan seluruh umat Islam sejagat.

Raja Abdullah II berpendidikan barat, merupakan raja Jordan, menaiki takhta pada 7 Februari 1999 selepas kemangkatan ayahanda baginda. Baginda merupakan keturunan generasi ke-43 Nabi Muhammad s.a.w.. Bondanya ialah Puteri Muna al-Hussein, seorang rakyat Britain yang merupakan isteri Raja Hussein kedua. Baginda dilantik sebagai putera Mahkota beberapa hari sebelum kemangkatan ayahandanya setelah Putera Hassan bin Talal bapa saudaranya dipecat.
Baginda menanamkan sifat-sifat nasionalisma yang tinggi di kalangan rakyat jelata. Lagu-lagu yang dibenarkan berkemundang ke udara dalam semua siaran awam adalah lagu-lagu patriotik. Yang pasti apa yang dilakukan oleh Abdullah bukanlah sesuatu yang baru, dia hanya mengulangi langkah-langkah yang diwariskan daripada bapanya dan yang pasti apa sahaja yang akan berlaku pada masa akan datang adalah berkait rapat dengan polisi Jordan terhadap konflik Palestin-Israel.

Tuesday, August 2, 2011

Jordan negara Umat Islam Moden




Beberapa artikel Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini), menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama. Beliau menulis tentang pemerintahan sistem monarki di Jordan...yang mementingkan keturunan untuk memerintah negara yang bersempadan dengan Israel-Palestin itu.



Melancong ke distinasi bersempadan dengan Israel seperti ke Aqaba, para pelancong akan melalui pemeriksaan rapi apabila ingin berziarah ke lokasi yang bersempadan dengan negara Israel-Palestin,


Tinjauan rambang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Jordan ' kurang cakna dengan isu palestin ini, walaupun hampir 70% penduduknya ada berasal dari Palestin. akibat semangat kebangsaan terhadap negara mereka yang tinggi dan mereka taat dan bangga bahawa raja mereka berketurunan Rasullah.
Disember 2010 - Jawatankuasa Tertinggi bagi Membela Hak Untuk Kembali Pelarian Palestin, menyelar sebuah persidangan di Tel Aviv yang menyeru agar dipertimbangkan Jordan sebagai tanahair alternatif bagi rakyat Palestin. JawatankuasaTertinggi berkenaan telah mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar pada yang menyatakan bahawa persidangan ini melanggar semua prinsip antarabangsa, dan mengancam hak-hak sah rakyat Palestin serta juga melanggar kedaulatan Jordan. Ia juga "adalah sebahagian dari agenda Zionis yang bertujuan untuk menghasilkan sebuah negara alternatif bagi Palestin di Jordan", dan mengosongkan bumi Palestin dari kehadiran masyarakat asli Arab dan Palestin.
Persidangan "Jordan adalah Palestin" dirancang oleh seorang Anggota Knesset dari Parti Kesatuan Nasional yang merupakan sebuah parti pelampau, Aryeh Eldad, dan bertujuan untuk "menyediakan alternatif bagi penyelesaian dua-hala" dengan mengumumkan Jordan sebagai negara Palestin pada masa akan datang, dan mengusir semua warga Arab dan Palestin dari bumi "Israel".
Pada Ahad 15/5/2011, genap 63 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH”(malapetaka), yang berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.

Monday, August 1, 2011

Menjejak kaki ke Bumi Anbia -Jordan


Musafir kali ini ke negara Jordan,negara tempat anakanda kelima menimba ilmu. Sebab beliau berada di sanalah yang manarik untuk kami ke sana, sekurang-kurangnya untuk melihat susah payah beliau hidup di rantau orang. Melancong ke beberapa destinasi di Jordan dalam masa yang amat terbatas, sekurang-kurangnya dapat menginsafi keagungan Allah dalam mencipta manusia dan maya pada ini.
الأردنّ Al-Urdunn, berbangga dengan salur galur keturunan Bani Hasyim, dikenali juga dengan nama Kerajaan Hasyimiyah Jordan. Ia merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat yang bersempadan dengan Syria, Iraq, Tebing Barat, Israel dan Arab Saudi. Jordan juga mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan Teluk Aqabah. Sebahagian besar pandang darat fizikalnya dipenuhi oleh pandang pasir yang gersang, tanpa hasil minyak yang banyak seperti negara -negara timur tengah yang lain. Ia bukanlah merupakan negara yang kaya dengan hasilbumi, tetapi penggunaan wang DINAR yang nilainya lebih lima kali lebih tinggi berbanding dengan ringgit, mungkin menyebabkan negara ini, bukan pilihan utama untuk dilawati oleh penduduk dari negara-negara seperti Malaysia.
Dapatan daripada Pandangan peribadi, semasa lawatan ke bumi Anbia tersebut, menunjukkan ia merupakan sebuah negara Islam Ala Barat, yang penduduknya mempunyai semangat patriot/kebangsaan kepada negara mereka.
Jordan menjalankan sistem pemerintahan monarki beraja dengan Raja Abdullah II sebagai pemerintah Jordan sejak 9 Jun 1999 selepas ayahandanya, Raja Hussein mangkat.
Jordan merupakan sebuah negara arab moden dengan populasi melebihi 6 juta penduduk. Majoriti rakyat Jordan beragama Islam sunni dan minoritinya beragama kristian. Bahasa rasmi ialah bahasa arab manakala bahasa Inggeris pula boleh difahami kebanyakan rakyat yang mendapat pendidikan tinggi.

Jordan dikelaskan sebagai sebuah negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi disebabkan pembangunan ekonomi dan negara yang pesat. Ini membuatkan kos hidup di Jordan lebih tinggi berbanding beberapa negara Arab lain.
Jordan adalah sebuah negara kecil yang mempunyai sumber alam yang terhad. Malah, Jordan merupkan negara yang mempunyai sumber air paling sedikit di dunia! Jordan mendapatkan sumber alam asas seperti air bersih dan petroleum daripada negara jiran seperti Iraq, Mesir dan Syria. Raja Abdullah menjalankan dasar ekonomi terbuka menyebabkan kemasukkan pelabur-pelabur asing dan meningkatkan taraf ekonomi Jordan.
Jordan bergantung kepada industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi. Pelancongan menyumbang 10-12% kepada pendapatan ekonomi Jordan. Terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik di Jordan seperti :
Petra (Antara 7 tempat ajaib dunia)
Laut Mati
Gua Ashabul Kahfi
Wadi Rum
Aqabah
Teater Rom
Makam Para Nabi dan Sahabat
Medan Perang Mu'tah dan Yarmouk



...pandangan airport queen Alia yang dalam proses pembangunan.