Wednesday, November 5, 2008

MUSLIM YANG BERILTIZAM DENGAN ISLAM vs TIDAK ADA MASA BERSAMA ALLAH

Sayang seribu kali sayang, apabila terdapat di kalangan AHLI rumahtangga, ahli keluarga malah kebanyakan umat Islam hari ini yang tidak ada masa dengan Allah, atau terlalu sedikit masa untuk-Nya, dan mungkin juga terdapat yang tidak terfikir langsung untuk bersama Allah dalam apa jua keadaan.

Itulah gambaran beberapa jenis umat Islam yang seolah-olah tiada hubungan dengan hari akhirat,iaitu golongan yang tiada hubungan langsung dengan pahala, dosa, syurga, neraka, azab dan lain-lain.

JIKA BEGITU ADAKAH KITA MUSLIM YANG BERILTIZAM DENGAN ISLAM -Ustaz Zainudin Hashim

Iltizam (komited) dengan Islam membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.Dengan kata lain, iltizam itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidupan, kepercayaan (akidah), peribadatan, perlakuan, perhubungan atau pergaulan sesama manusia.

Begitu juga dengan masyarakat umat Islam dikatakan sebagai umat yang beriltizam dengan Islam, apabila melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah mereka, kepercayaan, peribadatan, perlakuan, perhubungan dan pergaulan sesama umat Islam dan manusia sejagat.

Bukti iltizam itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An�am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) �Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam�.

3 comments:

ssalmi said...

Kajian buku .HATI sebening MATA AIR oleh AMRU IBNI KHALID bab pertama tentang IKHLAS ..menghurai begitu menyentuh hati bagaimana perbuatan,ucapan maupun dalam keadaan berdiam yang ikhlas demi mendapat keredhaan Allah... HELWA kalau jumpa buku tu di Jogjakarta tolong belikan ye, untuk kawan-kawan mama.

Sukarelawansuri said...

mama.. sbnrnya buku amru khalid tu ada byak dkt sini.. tapi dlm arab lah.. nak ?

Sukarelawansuri said...

tak hendak, nanti tak tau baca..nak yang diterjermah dalam bahasa indon jika ada..kalau tak ada tak apa? dah habis pereksa ke?