Monday, March 23, 2009

Pertama kali di Cyber Cafe....

Hari ini..satu tugas diarahkan untuk menghantar CTku ke pusat servis...selepas 1000 km pertama CT dibawa berjalan-jalan. Cuaca sekeliling yang seolah-olah mengerti tentang perasaan tuan punya CT itu, bagaimana menggelabah untuk cuba bawa CT yang belum dikenali dan biasa dengannya dalam hujan lebat, jalan yang gelap ke destinasi servis Sungai Besi yang tak pernah sama sekali cuba pandu ke situ. Hujan lebat dengan kenderaan yang sendat dan adapula kereta yang berlaga-laga, menyebabkan jalan begitu sesak. Namun begitu banyak hikmahnya, sesampai di pusat servis CT, tidak ramai pelanggan walaupun mereka telah membuat temujanji akibat hujan lebat, CTku dapat diservis lebih awal...dan dapat pulang lebih awal.

Di perjalanan teringat pula nak buat bisness kad...itulah singgah di kedai acikni, yang kebetulan ada CC. Sementara menunggu hujan reda untuk ke kereta dapat kucatatkan pengalaman pertama di CC. Oh, Patutlah anak-anak sekolah suka ponteng di CC, tempatnya selesa dan ada pula penyaman uadara. Sebelum itu sempat singgah di Kedai HPA untuk mendapat koleksi barangan untuk bekalan ibunda bawa balik kampung, di samping untuk buat bahan contoh kepada anak-anak usrah yang akan beriftar di rumah pada hari khamis nanti InsyaAllah. Cadang nak sambung cerita tentang zie yang misteri tu, mesti ada yang bertanya ubat apa yang beliau ambil sehingga kansernya 100 peratus sembuh, dan apa pula motif beliau bergiat dalam mempromosikan barangan jualannya?? Hujan dah reda..boleh keluar untuk pulang. Banyak perkara yang perlu dibereskan

4 comments:

radius-qatar said...

Wah, dah pakai CT plak ye..! Kat mana pusat service nya bukan ke kat Loke Yew..?

sherry said...

Lan..CT baru ni sangat cantik dan menawan..ramai yang tertawan u.

@ Tokma.
Sambung lagi ke citer Zie tu...saspen bebenor dah ni.

radius-qatar said...

Ya Umm Mutaqaidah, menarik jugak kalau di buat buku...nanti kita buat pertandingan untuk tajuknya ( Label)

Ilmi Nadhrah Katiman said...

mama.. ejaan sebenar dia CITY kan.. patut mama eja siti.. melayu sikit.

haa.. kanser darah sbnrnya tajuk yg mimi amik utk last sistem = leukimia kn? sama ada acute/ chronic. Mimi teka makcik zie tu kena Hodgkin Lymphoma.. sbb HL blh rawat.. haa kekwa teka apa?