Monday, March 23, 2009

TETAMU MISTERI - siri 4




Zie..graduan Sarjana Muda Pendidikan UKM, yang pernah beberapa lama menjadi guru di Perak terpaksa meletak jawatan kerana terlantar sakit selama dua tahun akibat kanser darah. Doktor yang merawatnya, memberi harapan amat tipis untuk ia menyambung nyawa untuk meneruskan kehidupan..sakit pembunuh nombor satu. Allah yang sebenarnya menentukan hidup mati seseorang, setiap penyakit yang Allah tentukan, sebenarnya ada ubat yang menyembuhkan dengan izinNya. ..sesungguhnya zie merasa ia sebagai hidup semula....Teringat kisah ibu yang Alhamdulillah masih sihat. Puluhan tahun yang lalu, beliau terlantar sakit beberapa bulan di hospital dan beberapa lama berada dalam sisi fisioterapi untuk berjalan semula. Beliau juga bersyukur kerana seolah-olah hidup semula.

Itulah iktibar kehidupan...yang perlu kita semua sedar bahawa kita adalah terdiri daripada jasad atau badan yang meliputi atau membaluti roh. Perjalanan roh yang panjang bermula berteleku patuh kepada Allah kemudian singgah di alam rahim, kemudian di pentas dunia...yang diuji dengan dua persimpangan jalan samada mengikut jalan yang lurus ke destanasi taman-taman syurga atau sebaliknya tergelincir menuju ke neraka nauzubillah min zalik sebelum menuju perjalanan ke alam barzakh sebelum dihitung dan dihakimi di padang mahsyar sebelum menuju distinasi abadi di syurga InsyaAllah. Sesungguhnya manusia di atas muka bumi ini diilhamkan dengan kefasiqan dan ketaqwaa serperti pengertian dalam salah satu surah As Syams. Beruntunglah mereka yang mengambil kesempatan untuk memperbaiki diri menuju ketaqwaan dan sebaliknya, merugilah mereka yang membiarkan diri berada dalam lingkungan kefasikan. Sejauh mana kita berada di persimpangan dunia ini untuk kita membersih dan membajai roh kita dan keluarga kita dengan iman, amal soleh dan taqwa. Sejauhmanakah kita bersama merealisasikan wawasan hidup kita dan keluarga kita untuk tidak dibakar oleh api neraka. Ungkapan ini ditonjolkan kerana inilah persamaan sifat yang ada pada diri tetamu misteri itu... Percaya atau tidak sesungguhnya kesatuan fikrah dan keimanan kepada Allah SWT ..menjadikan roh-roh ini selari dan bertemu kerana Allah semata-mata, bertemu dan berpisah kerana Allah. Begitu unik dan agung....Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Kaya!!!

Masih panjang untuk diceritakan ....mungkin boleh ditulis dalam bentuk cerpen atau novel kemudian. Sudah tentu pengikut blog ini tertunggu-tunggu kesudahan cerita... tak sabar ye? Oklah. Perjanjian dibuat, tujuan untuk membantu tetamu misteri yang perlukan ratusan K untuk pembelian produk yang disebutkan kerana beliau mendapat tender untuk membekalkan produk itu ke hotel-hotel, malah ada pesanan dari pihak hospital. Asas perjumpaan dan perjanjian adalah untuk tolong menolong, beliau juga mahu membantu untuk mengumpul dana sekolah daripada keuntungan jualan bergantung kepada berapa banyak sumbangan yang kita berikan. InsyaAllah dua kali keuntungan telah diperolehi dengan itu 20 orang atau lebih boleh dibawa untuk bersama dalam majlis jamuan tersebut. Dengan itu diharap semua keluarga dapat menyokong dengan hanya menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Satu tempat duduk dengan kos RM 100.00 insyaAllah boleh ditaja. Semakin ramai- semakin meriah InsyaAllah

6 comments:

radius-qatar said...

Siapakah tetamu misteri itu...?
(Baru tahu link to this blog so saje mencelah)

sherry said...

Ketinggalan keretapi lah radius qatar ni..

radius-qatar said...

Ok!..Ok!..dah tahu dah...saje je nak comment bukannya apa hi hi hi...!(comment ini setelah membaca semua posting dari awalan...)

Ilmi Nadhrah Katiman said...

Ok.. mimi cdgkan tajuk novel ni..

"Dhuyuf ajaaaib"

nama lain utk tetamu misteri hehe..

ssalmi said...

ahei?? salam kepada keluarga radius-qatar...boleh join sekali jamuantu..tempat duduk boleh sponsor tapi kereta terbang tak mampulah..

Apa kata jadi rakan kongsi HPA di Qatar...nampak ada peluang cerah, boleh diusahakan..kita antar kopi radix dengan kontena...camana???

radius-qatar said...

Dear Mommutaqaidah,
Tq for the invitation, seloroh je..!! Tapi apasalahnya nt kalau ada rezeki sampailah tapi tak plan nak balik....!!!

Rakan kongsi HPA..? Hmmm kita ni dah serik dah buat benda2 downline nih..biarpun yang syariah, sebab tak mampu nak tarik org....(eehhh betul ke HPA to MLM, kalau bukan maaf ye...?) kecualilah plan untuk buat exhibition kat sini kita boleh tunjukan jalan he he he. Mana tahu kalau nak guna khidmat embassy sebab adik bongsu Benda kamcing ngan datin embassy...he he he

Kim salam keluarga kat Msia