Sunday, March 22, 2009

TETAMU MISTERI - YANG MEMBERI??? satu perkongsian siri 1

Zie...itulah misteri namanya, yang tidak dikenali personel dan jasadnya, tetapi auranya meyakinkan untuk bersama ramai orang berkongsi dalam pelaburan penjualan produk lapik tilam terapiutik. Satu unit King size melibatkan kos melebihi 3k, jika boleh dijual boleh memberi pulangan sebanyak 500 rm/unit. Terfikir di hati ada peluang untuk melaburkan wang FPD, Cetusan mesyuarat tahunan yang lalu ada adik beradik yang menyuarakan agar ahli diberi dividen tahunan. Sebagai bendahari yang bertanggungjawab menjana kewangan selalu memikirkan bagaimana menjana pelaburan yang syarie yang menguntungkan dalam dunia yang kini dalam gawat. Tanpa membuang masa dan berfikir panjang, dorongan kuat untuk turut serta dalam pelaburan tersebut, dan tanpa terlebih dahulu menyelidiki latarbelakang sipengusaha dan produk tersebut, wang melebihi 16k berpindah tangan kepada zie sekelip mata!!!!.

Perbualan telefon yang panjang lebar dengan zie hari berikutnya, bertambah meyakinkan betapa pengusaha itu meyakinkan dalam pelaburannya. Berpindah cakap dengan sang suami tentang pelaburan yang menguntungkan, beliau juga tertarik...dan akhirnya melebihi 16k lagi berpindah tangan????

Wow? cuba bayangkan melebihi 32k berpindah tangan dalam masa yang singkat kepada zie yang tak dikenali?? Adakah perbuatan pelaburan ini dalam keadaan di bawah sedar? Manakah persaksian dalam jual beli yang perlu dibuat mengikut tuntutan syariat disediakan??? Seolah-olah seperti dipukau dalam kes penipuan wang, minda bercelaru, beberapa hari fikiran terganggu dan tidak fokus...inilah cabaran dalam dunia perniagaan yang Allah uji terlebih dahulu sebelum memulakan gerakerja pemasaran produk HPA yang baru terpikat untuk terlibat dalam pemasarannya........bersambung

3 comments:

sherry said...

Zhulian ker?

naadherah said...

oh .. ni rentetan drp tilam yg banjem promote tu ke?..

confirm zhulian.. mimi tak percaya mama boleh buat karangan saintifik yang penuh dengan perkataan2 yg mimi tak faham..

mama copy paste kan? hehe

ssalmi said...

yes tepat mimi? mama hanya muat naik dengan paste aje...perlu cari ciri-ciri produk yang sahih untuk berjual beli?

Deq ini bukan melalui MLM tetapi hanya perjkongsian modal untuk membantu pengusaha.. dengan janji kita tolong dia, dan dia tolong kita pula InsyaAllah.