Sunday, March 29, 2009

Kedua kakiku diambilNya sebentar

Tiada ucapan yang lebih besar selain daripada bersyukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang telah sama-sama kita kecapi. Kita berterusan memohon petunjukNya dan mengharapkan keampunanNya, kea'afiatan dan kesihatan yang berterusan di dalam agama baik di dunia mahupun di akhirat.Nikmat pancaindera, ilmu, taufik dan hidayahNya, kita amat berharap terus tercurah kepada kita semua.

Tidak disangka berdiri sepanjang hari untuk menyiap dan memasak hidangan iftar pada hari Khamis itu, merupakan satu hikmah besar, ujian dan pengajaran kepadaku. Setelah majlis selesai lewat malam dan setelah menunaikan tanggungjawab menghubungi ibu tersayang di kampung di atas perbaringan..secara tiba-tiba pengalaman buat pertama kali dalam sejarah kehidupan ini, kedua-dua kakiku kaku!!! Bermula dari kaki sebelah kiri menjadi kejang, jari jemari melentik ke atas, dan tidak boleh bertapak. jaringan urat kaki mengeras, dan terlalu sakit. Subhanallah @ masyaAllah..terus teringat Hadis RiwayatAhmad " Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT yang menurunkan penyakit, Dia jualah yang menurunkan ubatnya'.Ubat penawar yang paling mujarab ialah doa kepada Allah..Bacaan AL -Fatihah, Surah al-Hasyr ayat 21-24 dan bacaan 3 Qul tujuh kali sambil menyapu minyak but-but hpa dalam bebarapa minit kakiku kembali normal, Alhamdulillah. Selepas beberapa saat kemudian kaki sebelah kanan pula mengalami keadaan yang sama yang lebih teruk lagi..mengalami kekajangan yang terasa lebih sakit, terasa untuk meraung sekuat hati. Ulangan doa dan penggunaan minyak but-but dilakukan. Alhamdulillah selepas beberapa minit kakiku kembali normal. Betapa syukurnyaku, kerana Allah telah mengembalikan fungsi kakiku. Satu analogi memerlukan kugunakan lebih banyak kaki ini untuk terus bergerak dan berjuang untukMu ya Allah..terutama untuk bersama memperjuangkan penggunaan produk halal dan toyyiban

No comments: