Wednesday, April 1, 2009

TIADA PANGGILAN SEPENTING SERUAN ILAHI

Nadia masih fobia, melihat sekujur tubuh terbaring terlentang dengan darah mengalir dari hidung dan mulut mangsa itu. Sepintas lalu, kira 3 meter dari laluan kami kelihatan sekujur tubuh sasa dan tegap, masih bertopi keledar, terbaring tidak sedar/pengsan, namun nampak jelas sedang nazak, kaki kiri mangsa terangkat-angkat seolah menggelepar. Wallah hu a'lam apa yang berlaku kepada mangsa? gambaran itu amat jelas di depan mata, kerana kereta dipandu perlahan, akibat kemalangan berlaku di simpang tiga jalan di BBB. Mangsa penunggang motosikal, sudah tentu tidak mematuhi lampu isyarat, meyebabkan bertembung dengan sebuah kereta, kalau tak silap proton waja warna silver. Ironinya, tubuh terbaring yang berlumuran darah itu dibiarkan bersendirian, seorang lelaki lain sama ada kawan atau orang lain yang juga bertopi keledar, duduk berteleku di batasan pembahagi jalan, hanya merenung mangsa. Pemandu kereta, nampaknya tidak ada apa-apa berlaku, sambil berbual dengan h/fonya, mungkin memanggil ambulan.

Waktu melalui dilaluan kemalangan, azan zohor sedang berkumandang, panggilan itu lebih penting dan utama, untuk kami meneruskan perjalanan dari Kuantan, menuju ke Masjid Hijau untuk menyahut seruanMu, berbanding berhenti melihat insan di pembaringan. Insan lain yang sedia berada di situ semoga dapat membantu. Iktibarnya, seruan Ilahi untuk menenuiNYA boleh berlaku di mana-mana, di jalan raya, di rumah atau di bilik canggih mana sekalipun. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Baru terasa, aku memandu CT terlalu laju, semoga saman ekor tidak menjengahku selepas ini. Pergi dan kembaliku hanya semata-mata keranaMu ya Allah. Semoga Puspawasih mekar mewangi, mengharumi cenderawasih bestari. Jejak kembali, akan kususuli selepas ini. Masa yang mengikat janji perlu dilunasi sedaya upaya. KepadaMu kupohon semoga diberikan peluang dan kesempatan untuk terus mengimarah Puspawasih.

No comments: