Tuesday, April 7, 2009

Sakit gigi Toktan bukan kepalang.

Kesian toktan, sakit giginya, seingatku berpanjangan. Masih terbayang raut mukanya yang banyak tahi lalat itu, seluruh mukanya berkerut apabila sakit giginya mendatang, Aku hanya terpaku dan bersimpati tanpa boleh berbuat apa-apa. Kami mengetahui dengan jelas apabila toktan sakit gigi, kerana tanda-tandanya amat jelas dan ketara sekali. Masih tergiang di telinga, apabila toktan sakit gigi, pastinya ia akan menarik dan menghembus nafasnya dari mulut seperti orang kepedasan, tangannya pasti akan menyapu-nyapu muka terutama pipinya yang sakit itu beberapa minit sehingga sakitmya mula reda.

Bayangkan sakit tanpa ubat dan berlarutan itu tanpa dipedulikan toktan. Usahaniganya tetap diteruskan. Di mana mana, sakit giginya boleh berlaku, bayangkan toktan yang kesakitan dalam kereta tumpangan, dalam bas, dalam keretapi dan dalam sampan. Betapa sedihnya, jika sakit gigi toktan berlaku semasa ia berkayuh sampan di sungai. Kayuh sampannya terpaksa diberhentikan, kerana tangannya sudah pasti digunakan untuk menyapu-nyapu mukanya yang sakit itu. Sampannya sudah tentu hanyut ke hilir, kalau ketika itu toktan bersampan mudik ke hulu, kalau menghilir sungai takadalah masalah sangat, sampannya akan terus dihanyutkan air ke hilir. Dalam keadaan bersusah payah dan kesakitan itulah datangnya rezeki toktan. Bayangkan betapa peritnya kehidupan masa lalu. 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Syukurnya kita hidup masa kini, berada dalam kemewahan dan kesenangan.

2 comments:

sherry said...

Salam Tokma.

Boleh tulis citer ni sekaligus sampai habis tak...tak sabar nak tahu pasal TOKTAN yang businessminded ni.

ssalmi said...

sherry deq..thanks kerana bersama ikuti cerita yang dipaparkan. Semuanya benar?..terpaksa tulis sikit-sikit kerana x mau lama sangat depan komputer. Selepas ni, deq kena cerita pula pasal abah ke, pasal emakke atau apa-ape saja yang boleh dijadikan iktibar kepada kita, tatapan anak cucu kita