Thursday, April 2, 2009

TOKtan ....USAHAkiyuh

Banyak hikmah mengambil masa yang lama dalam perjalanan. Masa memandu, di samping penuh konsentrasi untuk pemanduan yang selamat; Imbauan, nostalgia, kenangan dan gambaran imbas kembali masa lalu dapat dikoleksi kembali dalam minda. Himpunan perkara-perkara itu boleh dinotakan untuk kenangan atau untuk dikongsi bersama terutama dalam blog ini.

TOKtan, itulah gelaran datuk lelaki sebelah ibu, yang masih jelas dalam ingatan, seorang lelaki bertubuh sasa, tinggi, berbadan tegap dan berkulit agak cerah. Anak seorang TOKempat (ketua kampung) Chenor Sebarang yang bernama Imam Hassan. Anaknya yang ada gelaran lebai, mempunyai nama yang ringkas sekali iaitu CHIK. Aku masih teringat bermanja dan duduk diribaannya walaupun beliau amat penat dalam membanting tulang empat kerat dengan menanam padi dan menoreh getah untuk mencari sesuap nasi.Kerjaya terakhir beliau setelah anak-anaknya yang hanya seramai dua orang itu (termasuk Ibuku)berkahwin dan selepas TOK (nenek) meninggal dunia, beliau mula beralih kerjaya dengan berniaga. Itulah, kuberi gelaran toktan sebagai usahakiyuh .....usahawan berjalan kaki dan berkayuh!!!!.

Usahanya begitu gigih dan mengagumkan. Berniaga dengan hanya berjalan kaki berbatu-batu dan berkayuh sampan menyelusuri sungai Pahang bermalam-malam walau pun usia mencecah 50/60an. Sebelum merdeka, pengangkutan utama adalah sampan kayuh, sungai Pahang adalah jalan air, anugerah Ilahi yang tersirat seribu satu macam nikmat pembentukannya.

Bermula dengan berniaga BUDU..'ikan bilis pekasam' yang di ambil dari PEKAN, Kuala Sungai Pahang. Bayangkan Toktan berkayuh sampan dari Cenor - Pekan - Cenor. mengambil masa berminggu untuk sampai balik ke Cenor dengan singgah bermalam di kampung-kampung di sepanjang tebing Sungai Pahang sambil menjual barang-barang niagaan beliau. Bermula bilis pekasam berkembang kepada ikan yang lebih pesar, iaitu ikan air tawar dari Tasik Chini, masih lagi dalam bentuk ikan pekasam untuk simpanan yang lebih lama. Lauk budu dan ikan pekasam adalah makanan lauk utama orang-orang kampung masa itu. Amat berselera makan berlaukkan budu dan ikan pekasam di hembusan desir angin tengahari di dalam sawah padi.

7 comments:

Yin said...

eh dah ada siri baru dah....how come tak pernah dengar pun cerita pasal TOKtan ni dulu?

yg pernah dengar cerita pasal generasi moyang syed agil jek...yg pernah tinggal di istana

tokaunty dudeq pernah dengar ke??? he...he.. saje tasneemumar naktest

Syed Agil said...

Aha la..Auntie Ija pun tak pernah dengar kisah ni..Abang De cerita lah lagi pasal zaman zaman dulu ni..syok baca..ada kisah duduk istana pun tak pernah dengar camana nih..

Ilmi Nadhrah Katiman said...

Oh.. mimi lagi la tak pernah dengar.. Mama mesti ingat balik sebab nak dapat inspirasi drp Toktan kan... perniagaan yg berjaya dan diwarisi anak cucu..hehe

ssalmi said...

Inspirasi dan kegigihan toktan perlu diwarisi ye...nanti sambung cerita toktan berusaha gigih sehingga nafas terakhir

ansuh22 said...

mama... byk nye sejarah keluarga yg kitorang tak tau... cite la lagi ma... nak tau nak tau... kisah atok jd mac gyver pon nak tahu jugak!! sure menarik.. bangge tau ada atok yg buat sendri pagar letrik sekeliling rumah.. hehee =)

masrurah said...

ingatkan toktan tu nak cerita pasal aunty intan (tok aunty intan) dan kegigihan di puspawasih.. heheh. rupernye ade toktan lain... wahhh...sambing la cerite lagi... (yummie yummie sedap nye cerite ikan pekasam --> tokaunty yg ajar makan nih heheh )

sherry said...

Salam...

@Yin
Ahalah...citerlah banyak2 lagi kan Tasneem. TokAunty tak pernah tahu pun citer ni.


@tokma.
For info, last friday we had a very interesting aerobic class kat Puspawasih.. Seronok, mendapat sambutan..after aerobic, depa beli-belah pulak product HPA...Semangat diorang..siap nak mintak Deq ajar 2 kali seminggu lagi...