Wednesday, April 8, 2009

Toktan tersungkur di Hulu Tembeling!!!

Seingatku..waktu itu aku baru darjah 2 SRK Cenor, seperti biasa pemergian toktan berniaga ke mana-mana, tanpa lambaian. Samada toktan bergerak keluar rumah seawal pagi atau selepas sahaja ku bersekolah tidak dapat diingati. Yang pasti, pemergian toktan 'mudek' pada hari itu, adalah terakhir buat 'memori ingatan' beliau. Beliau kembali selepas beberapa minggu, bukan lagi sebagai hakikat toktan sebelumnya, walaupun jasmaniahnya seperti biasa???

Sehingga sekarang, bagaimana toktan boleh jadi 'begitu', masih tiada siapa yang dapat menjelaskan. Hanya khabaran bak 'telefon karat' dapat dicatatkan daripada cerita, abah,ayah long ( ayah makde) dan orang lain yang bergegas dengan bersusah payah, menjemputnya di Hulu Tembeling selepas perkhabaran toktan tersembam ke batu, semasa menunggu bot ke Hulu Tahan diberitahu oleh polis Cenor. Hubungan wireless pihak polis HT ke cenor daripada kad pengenalan toktan membantu berita kemalangan toktan itu disampaikan ke warisnya, menurut alamat tempat tinggal yang tertera.

Takdapat dibayangkan betapa tragisnya apa yang berlaku kepada usahawan tua toktan. Betapa dahaganya beliau, betapa laparnya beliau, betapa gagah dan sabarnya beliau menahan sakit gigi, betapa beratnya toktan mengendong bahan niaganya, betapa penatnya toktan berjalan sejauh itu, betapa lama masa beliau ambil untuk mendapatkan pengangkutan awam seorang diri? Betapa sedih dan sakitnya, betapa terharunya jiwa sentimental kita , jika dibayangkan toktan terguling dan tersembam dan kepalanya terhantuk ke batu seorang diri pada masa itu....ah! tragisnya. Hanya jiwa yang gersang tanpa empati tidak dapat menyelami keperitan dan kesakitan beliau....

No comments: