Monday, April 6, 2009

TOKtan ....USAHAkiyuh yang perlu dicontohi

Usaha gigih TOktan, bukanlah sia-sia. Usahaniaganya berjaya dikembangkan, begitu juga wilayah pelanggannya makin berkembang dan meluas. Toktan berjaya mengambil produk jualannya melangkau sempadan negeri.Toktan bermusafir jauh, kalau dulu hanya beberapa minggu menghilir dan memudiki SG PAHANG Cenor - Pekan - Cenor, kini berbulan-bulan pula. Terasa amat rindu kepadanya, kerana Toktan tiada di rumah berbulan-bulan lamanya. Toktan mengambil produk jualan kain batik, barang tembaga dan batu-batu pertama, dari Pulau Paloh, Kuala Terengganu. Kebetulan anak saudaraya, bernama Mohamad Taib, yang berkahwin dengan orang Terengganu, mengeluarkan sendiri kraft domestik produk tersebut.

Tergenang air mata, bila mengimbau wibawa toktan.Bayangkan sendiri dan cuba rasa dan empathy kepada beliau betapa penatnya beliau, betapa dahaganya beliau, betapa tabahnya beliau mengekang perut untuk mencari seteguk air dan sesuap nasi di sepanjang perjalanan yang sunyi dan sepi. Perjalanan beratus-ratus kilometer KT- Cenor, kemudian berkayuh sampan kecil menyeberangi Sg Pahang, seterusnya naik tebing tubir, dikuti berjalan kaki hampir 500 meter dari 'baruh' ke 'darat'* baru sampai ke teratak buruk. Beliau tersimpuh kepenatan di atas pelantar tangga untuk meminta segelas air sejuk sesampainya di rumah. Masa itu insan kecil ini masih belum mengerti dan memahami kesusahan beliau, saat untuk bermanja dengan tok tan mesti direbut, apakala sahaja beliau berada bersama. Betapa lenguhnya bahu toktan, betapa beratnya kendongan kain buntil barang-barang tembaga dan kain-kain yang diusung dibelakangnya di sepanjang perjalanan..Oh! amat kesian padanya,lagi pula toktan mengidap sakit gigi yang amat sangat sehingga beberapa butiran mutiara putih dari anak matanya melilih... oh..tak tahan untuk terus mengimbau kembali..ingin berhenti... ingin bertenang sekejap.. kerana air mata sendiri mula mengalir... menggamit rasa pilu.

3 comments:

sherry said...

sedihnya..tergenang airmata i.

ssalmi said...

camana aerobic hari ni? ramai yangn turn up?...semoga bertambah laris hpa di kedai kita tu!

sherry said...

alhamdulillah..Bilangan bertambah dari last jumaat..