Thursday, April 9, 2009

TOKtan kembali..tidak seperti dulu

Kisah Toktan perlu diteruskan dengan segera, banyak permintaan untuk mengetahui kesudahan cerita toktan rupanya. Yang penting catatan blog ini sudah pasti tidak dapat dikemaskini sekurang-kurangnya menjangkau lebih seminggu kerana berada di luar kawasan. InsyaAllah cerita lain dapat dipaparkan apabila ada ilham nanti..InsyaAllah.


Kali ini Toktan pulang berjemput. Insan mana yang tidak sedih melihat Toktan....toktan sudah senyap, toktan tidak boleh berkata-kata, toktan hilang ingatan, toktan tidak dapat berkomunikasi? Secara tiba-tiba, semerta selepas toktan tersembam jatuh. Toktan tidak dapat mnceritakan segala-gala yang berlaku ke atas dirinya...sehingga kini menjadi misteri!!!Apa yang aku ingat..toktan tidak lumpuh, fizikalnya, kakitangan boleh bergerak aktif, kedhaifannya dan keuzurannya, menyebabkan ia berada di pembaringan sepanjang beberapa bulan sebelum ia pergi buat selama-lamanya. Adakah penyakit angin ahmar?? atau apa ye para doktor? cuba buat telahan.

Rejuvenasi (balikmuda) toktan begitu ketara....aku tidak dapat bayangkan berlaku secara tiba-tiba. Toktan seorang yang tajam fikirannya, kuat ingatannya, cerdas hujahnya, tiba-tiba tidak boleh bercakap, tiba-tiba menjadi seperti kanak-kanak yang belum mumayyiz. MasyaAllah...kuasa Allah Maha hebat dan Maha mengetahui. Tidak memberatkan ahli keluarga terutama emak untuk memastikan toktan berwudhuk dan bersolat. Toktan tidak boleh makan, makanan seperti biasa, emak hanya menyediakan bubur nasi..kadang-kadang tangan inilah yang menyudu, menyuapkan bubur nasi itu ke mulutnya. Sesuatu yang paling aku tidak boleh lupakan...dan sesungguhnya benar, toktan menjadi seorang kanak-kanak yang bermain dengan najisnya sendiri. Cuba bayangkan air mata mana yang tidak sedih melihat keadaan itu..di depan mata, pengalaman sendiri, bagaimana Allah mengangkat nikmat AKAL seseorang. Bila IA katakan 'jadi' maka 'jadilah'. Kuasa Allah itu tidak dapat disangkal, Kita mesti meletakkan sandaran kita kepada Allah secara tuntas setiap masa dan ketika. Hanya Allah pelindung kita yang hakiki. Maksud Hadis Qudsi, jika kita mengingati Allah sejengkal, Allah akan mengingati kita sehasta, Jika kita mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah mendekati kita dengan berlari.......dan seterusnya. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarhan Lebai Chik, mengampunkan segala dosanya, melangsaikan segala hutangnya, dan semoga Allahyarham di letakkan dalam syurga bersama-sama orang soleh..amin. AL-FATIHAH.

1 comment:

sherry said...

SEDIH DAN TERHARU..

Semuga roh Toktan berada di golongan orang2 yang beriman.

Syukur tokma berpeluang dapat bermanja dgn Toktan walaupun sekejap, kenangan bersamanya itu pasti tidak dapat dilupakan sampai bila2...kami adik2 hanya berpeluang mengenal dan bermesra dengan beliau by storrytelling macam ni..Thanks for Sharing Tokma. Ceritalah lagi.