Monday, April 6, 2009

Manusia perlu pandai mengurus diri untuk menggunakan masa sebaiknya.

MASA telah dijadualkan dengan sebaiknya untuk manusia. Rugi dan tersilaplah bagi sesiapa yang mengatakan TIDAK ADA MASA, kerana mereka MENIDAKKAN nikmat masa yang dianugerahkan. Salahkan diri sendiri kerana tidak bijak mengurus diri menggunakan nikmat masa yang diberikan. Tidak bersyukur dengan hikmah yang Allah tentukan setelah beberapa perkara yang tidak dipinta berlaku kepada kita. Salah satu contoh orang merungut 'tidak ada, tidak cukup masa' seperti pengalaman berikut:


5hb April...berada dalam CT yang begitu lama akibat kesesakan lalu lintas, dari persimpangan bulatan KLIA menghala ke LCCT melalui arena International Sepang Circuit untuk menuju terminal LCCT amat meresahkan. Temujanji dengan motivator terkenal YB Ariffin Hassan pada pukul 5.30 pm sudah tentu tidak dapat ditunaikan.Bertolak pukul 3.10pm dari rumah, pukul 4.30 pm masih berada dalam kesesakan yang amat sangat. Sang suami yang sepatutnya tiba dari Aceh pukul 3.30 pm juga telah lama menunggu. Lebuh raya menghala ke KL terpaksa ditutup untuk memberi laluan songsang peminat Formula I ke destinasi dan juga untuk tujuan pergi ke terminal LCCT. Hampir 4 jam masa yang amat berharga terbuang begitu sahaja, kerana hampir pukul 7.00 pm baru sampai ke rumah.

Selepas itu baru diketahui jalan ditutup kerana ingin memberi laluan selesa kepada pembesar negara...kedua-dua Agong dan permaisurinya, perdana menteri dan menteri-menteri lain ke arena F1 tersebut rupanya. Betapa ramai agaknya orang yang tidak bersalah, merungut, mencaci dan berdoa dalam kereta/pengangkutan atas kejadian yang tidak diredhai tersebut. Berapa ramai yang ingin bersolat asar terlepas, berapa ramai penumpang yang tercicir penerbangan, berapa ramai pula yang terpaksa menerima kos melepas peluang-peluang yang diharapkan? Itulah iktibarnya..kemaslahatan ummah yang majoriti diabaikan... Natijahnya yang kurang baik dapat dilihat kemudiannya...paparan dalam TV, menunjukkan penonton FI tidak memenuhi ruang tempat duduk, hujan lebat yang mencurah, menyebabkan agenda FI ditangguhkan???

Sepagi berada dalam seminar percambahan wanita siri II di Auditorium Kejuruteraan UPM, anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat dengan kerjasama Wanita JIM Hulu Langat dengan jadual harian yang ketat yang perlu ditunaikan atas rasa tanggungjawab dan kebajikan,,tentulah rasa amat terkilan dengan kejadian tersebut. Kos melepas untuk berjumpa dengan YB Ariffin Hassan, yang diundang khas untuk menyampaikan Halua Minda kepada tetamu di Majlis Jamuan Amal sumbangsih nanti tidak beupaya untuk melunaskan janji dengan team urusetia. Pastinya ada natijah yang labih baik dan positif di sebaliknya. Jadual komitmen untuk kebajikan sepanjang minggu ini perlu disusun semula, sebelum InsyaAllah untuk berehat selama seminggu di Istanbul!!! Latihan di rumah untuk kelas B Arab,kelas mengaji, program mingguan bersama HPA, perjumpaan usrah dan membawa anak-anak usrah pada masa yang lain sudah tentulah diri ini amat sibuk. Tuntutan di rumah, Hal-hal kekeluargaan dan dengan program qiamullail anak-anak usrah Diana yang diadakan di desa, sudah tentu banyak perkara yang tidak upaya untuk dibereskan dengan teratur dan berkesan. Semoga Allah terus memberi kekuatan, kesihatan dan kecergasan dan keampunan untuk insan ini terus berbakti kepadaMU ya Allah.

No comments: