Saturday, March 21, 2009

BEROMBONGAN KE MANJOI, iPOH .....DEMI ANGAH







Seminggu selepas majlis perkahwinan ANGAH di Temerloh,kini tiba pula majlis menyambut menantu di sebelah pihak pengantin lelaki -RASHDAN di Manjoi, Ipoh Perak Darul Redhuan. Sepuluh buah kereta dari Kuantan, Temerloh, Bangi, Kajang dan Air Kuning Tapah, berombongan pula ke rumah pengantin lelaki. Ada yang bertolak lebih awal dengan menginap semalam di asrama SMK Air Kuning, Tapah, mentang-mentanglah cik nona tu jadi warden asrama di sekolah tu, beratus-ratus orang pun boleh tumpang Alhamdulillah. Kami beberapa buah kereta bertolak dari Kl aje, besar hati tak mau jadi budak-budak sekolah, tinggal di asrama kononnya. Perjalanan berkomboi bermula dari Hentian Rehat Simpang Pulai ke Manjoi,banyak masalahnya, ada yang tersesat-sesat dan saling tunggu-menunggu. Jadual yang ditetapkan tak dapat ditepati....majlis sebelah lelaki yang diadakan di Perkampungan Pendidikan Al Barakah memang meriah walaupun agak sederahana. Disambut dengan serunai nafiri, bukannya kompang dan juga silat, Tak tau silat petani ke atau silat gayung..entah-entah..kena tanya Rashdan nanti. Tahniah! kepada Tik @ Bee dapat menantu kedua.

4 comments:

naadherah said...

oh... kenapa aunty2 tak pakai baju sama?

sherry said...

Takut aunty2 lebih lawar dari pengantin...heheh

Unknown said...

Kan katanya tak nak masuk asrama lagi klau pakai seragam sama cam masuk sekolah semulalah semuanya ye tak...?

ssalmi said...

betul tu radius qatar...pakai seragam macam masuk sekolah aje..dahlah menginap di asrama