Sunday, March 29, 2009

BERSAMA CT KE PUSPAWASIH







CT menemaniku bermusafir sejauh kira-kira 250 km ke Cenderawasih, Kuantan pada 27 Mac, tujuan untuk memperjuangkan produk HPA. Walaupun agak kepenatan, kerana malamnya ada sedikit jamuan ifftar anak-anak usrah dan berkemas-kemas sepanjang malam dan bersambung sehingga ke pagi, tidak menghalang semangat perjuangan untuk bersama hpa. Jadual awal untuk bertolak pada waktu pagi Sabtu bersama Azli terpaksa dibatalkan kerana mereka bertolak agak lewat, sedangkan persediaan tempat dan prasarana Puspawasih perlu diutamakan. Pertama kali memandu sendiri ke Kuantan sejauh itu, pada awalnya agak suspen juga, namun begitu mujurlah Nadia yang tidak dapat menjalani ujian memandunya pada hari Jumaattu membantu memberikan keyakinan untuk bersama merealisasikan impian di Puspawasih? Ada hikmahnya tidak ke Kuantan bersama azli kerana sesungguhnya banyak perkara yang perlu dilakukan dan disediakan sebelum kunjungan tetamu esoknya menjengah masuk. Alhamdulillah kehadiran lebih kurang 80 orang tetamu muslimah ke Puspawasih menceria dan meriukan suasana, Semoga Majlis perasmian Jual-Beli HPA di situ, InsyaAllah memberi barakah. Majlis bacaan yassin, doa selamat dan tazkirah oleh uztazah Rosmawati tentang penggunan produk halal dan toyyiban, sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran kepada umat Islam, agar memilih produk yang dimakan,diguna dan dipakai terdiri daripada produk yang halal dan toyyiban.

5 comments:

sherry said...

Salam.
Tahniah. Walau tidak bersama pada hari itu, walau jasad berada di Putrajaya, hati tetap teringat kat Chenderawasih...

Yin said...

congrats tokma n tokpa.....bila nak bukak salun muslimah, kan banyak bilik, boleh berspa...berurut

ssalmi said...

t/kasih...sokongan amat diperlukan terutama orang kuantan. auntie deq akan terlibat dalam bab-bab salun dan kecantikan ni...nak ajak dia kursus di Sg Petani ..penggunaan cintella white

sherry said...

Insyaallah..ni tgh cari stok tudung nak letak kat Puspawasih. And sedang reka step nak buat Aerobic class for kawan Tok Intan kat situ...

ssalmi said...

SAMA-SAMA CARI NAMA SESUAI UTK KEDAI.
Betullah pengertian yang diberi tu..tahniah deq dapat mengungkapkan ertinya tu?