Tuesday, April 7, 2009

Urusniaga/berjual beli dengan Allah sahaja yang untung

Tak dapat dielakkan, urusniaga berhutang. Itulah yang berlaku pada toktan, malah juga berlaku dalam keadaan hari ini. Barang-barang jualan toktan menemui banyak pelanggan. Pelanggan toktan majoritinya, mereka yang mempunyai kuasabeli yang rendah. Mereka membeli dengan bayaran ansuran.. ada yang menjangkau masa lebih setahun. Jual beli berdasarkan kejujuran dan keikhlasan pembeli. Toktan boleh membaca tulisan jawi, tetapi agaknya tak tau menulis. Semua jualbelinya berdasarkan ingatan sahaja.

Toktan menemui pelanggannya setiap bulan atau sekerap mungkin, untuk mengutip hutang di samping membawa barang-barang baru yang lain.Toktan jarang berada di rumah. Di penghujung usia toktan, banyak dihabiskan di rumah tumpangan orang berbudi. Bayangkan gendongan kain barangan di bahu toktan yang berat itu...berjalan kaki menuju rumah ke rumah yang lain, yang ketika itu terletak berjauhan. Pernah nampak tak, bagaimana orang Gurkha mengendong barang julannya di belakang, orang kampuchea yang menjunjung barang jualannya di kepala. Lihatlah air muka harapan mereka, bayangkan airmuka harapan toktan, airmuka harapan agar barang-barang yang dikendongnya laris terjual...sekurang-kurangnya untuk meringankan sedikit beban yang dikendongnya apabila mahu pulang. Mereka mempunyai harapan yang besar..agar setiap pelanggan yang ditemui, sudi membeli barang yang mereka bawa, Sumber rezeki sesuap nasi mereka, sumber rezeki untuk menyara keluarga. Alangkah kecewanya mereka, alangkah kecewanya toktan, apabila ada insan yang ditemui, bukan sahaja tidak mau membeli, malah menutup pintu sambil mencerca penjual.

Betapa luhurnya hati insan, betapa tulusnya hati orang-orang yang beriman, apabila mengingati dan mengetahui bahawa hanya berjual beli dengan Allah sahaja yang mempunyai keuntungan hakiki (Baca dan kaji tafsir Al Quran surah As Soff). Alangkah tulusnya hati, alangkah perkasanya budi, jika ada insan yang ditemui oleh toktan, sudi memberikan segelas air atau lebih baik dengan memberikan sesuap nasi. Betapa syukurnya toktan, doanya pasti berpanjangan untuk tuan rumah yang sudi mempersilakannya untuk tumpang bermalam? Bertambah gembira toktan jika insan yang ditemuinya, ingin membeli barangnya walaupun secara ansuran. Bayangkan..itu tok tan jika ada orang berniaga menemuai kita..sanggupkah kita mengetapkan gigi, menjeling dengan ekor mata, menyah mereka tanpa ehsan? Sudi-sudilah membeli dengan mereka, jika kita diberi ilham bahawa barangan yang tidak subahah dan berpatutan untuk membantu penjual itu kerana Allah, walaupun barang itu tidak diperlukan sangat. Sesungguhnya perbuatan membeli itu adalah seolah-olah membeli dengan Allah. Allah yang memberi ganjaran dan balasannya nanti InsyaAllah.

1 comment:

ansuh22 said...

hibanya bila bace kisah moyang toktan.. rase bersykurnyee sbb skrg ni hidup berkalikalikali ganda sgt mewah dibanding zaman serba kekurangan time mama kecik2 dulu.. thanx mama papa ;D